1/20/15

Wanita 23 tahun berstatus Isteri Orang Lari Ikut Teman Lelaki

Alor Gajah: Seorang wanita berstatus isteri orang yang lari dari rumah sejak empat bulan lalu akhirnya ditemui apabila dicekup bersama seorang lelaki dipercayai teman lelakinya dalam sebuah rumah di Durian Tunggal, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 3 pagi itu, wanita berusia 23 tahun dari Gemas, Negeri Sembilan tidak bekerja dan mempunyai tiga anak dipercayai tinggal bersama seorang lelaki berusia 27 tahun di sebuah rumah yang baru disewa minggu lalu.

Bagaimanapun, hubungan terlarang pasangan yang mendakwa suami isteri itu dihidu pegawai syarak, anggota polis serta penduduk di taman perumahan terbabit.

Sumber berkata, wanita berkenaan meninggalkan suaminya yang berusia 36 tahun serta tiga anak berusia antara setahun hingga tujuh tahun pada pertengahan Oktober tahun lalu dipercayai keluar sehelai sepinggang kerana mengikut teman lelaki.

“Wanita terbabit dipercayai terpengaruh dengan pujuk rayu teman lelaki yang baru dikenali dengan menyewa rumah di beberapa tempat sepanjang menghilangkan diri sebelum mereka tinggal di taman perumahan berkenaan.

1/17/15

Tangan Tuhan Dalam Penemuan Kotak Hitam Pesawat QZ8501

JAKARTA: Kejayaan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) terutama Kapal KN Jadayat, yang menemukan kotak hitam pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 Isnin lalu untuk data rakaman penerbangan (FDR) dan perakam suara kokpit (CVR) sehari selepas itu dianggap bukan operasi yang mudah.

Ini dinyatakan oleh Penyelaras Operasi SAR KN Jadayat, Tonny Budiono, yang menyifatkan misi pencarian penuh getir kerana keadaan cuaca dan laut yang sentiasa tidak menyebelahi pasukan SAR.
"Cuaca dan kuatnya arus laut jadi faktor penghalang utama pencarian kotak yang bila-bila masa boleh berdepan bahaya.

"Ada 'tangan Tuhan' di situ, setiap hari cuaca dan arus laut sangat luar biasa," katanya menceritakan pengalamannya mencari kotak hitam AirAsia QZ8501 di Kementerian Perhubungan Laut, hari ini.
Memetik berita Kompas.com, Budiono berkata, keadaan gelombang laut di kawasan pencarian kotak hitam pesawat amat sukar dijangkakan.

Sehubungan itu, katanya, KN Jadayat hanya mempunyai masa mulai 5.30 pagi sehingga 10.30 pagi untuk melakukan pencarian.

"Ombak masih tinggi. Susah diramal. Makanya, kita kerja hanya antara jam 5.30 hingga 10.30 pagi. Itu maksimum dan lebih daripada itu, arusnya kuat, gelombangnya tinggi," katanya.
Beliau berkata, gelombang biasanya boleh mencapai ketinggian sehingga lima meter dan keadaan itu sangat membahayakan penyelam.

"Namun pasukan selalu memanjatkan doa dan tidak putus berharap agar kotak hitam ditemukan dan diangkat," katanya. - Kompas.com

1/7/15

Luahan Emma Maembong Mengenai Perpisahan Dengan Zizan

Terkejut apabila mendengar pasangan sweet Zizan & Emma Maembong yang putus di tengah jalan. 

"Saya reda dengan apa yang terjadi. Keluarga saya sendiri tidak tahu mengenai berita ini dan mungkin hanya tahu melalui berita yang dikeluarkan wartawan saja.

"Mungkin selama ini orang melihat kami sebagai pasangan yang 'sweet' tetapi mereka tak tahu apa yang saya lalui.
"Jika asyik berendam air mata saja buat apa diteruskan hubungan ini. Sampai bila saya nak makan hati," kata Emma.

Menurut Emma, hubungan beliau dengan Zizan sudah lama goyang. Cuma baru-baru ini saja beliau nekad membulatkan keputusan meninggalkan Zizan.

Muat turun klip lagu Kelly Clarkson berjudul Already Gone di laman Instagram miliknya jelas membuktikan apa yang diharap tidak berkesudahan dengan baik.

"Saya tak benci atau mahu memusuhi Zizan. Malah saya akan terus menyokongnya sebagai kawan. Mungkin perpisahan ini akan ada yang menyalahkan saya sebagai punca. Terpulang. Ada benda yang saya sudah tidak mampu lagi bertoleransi dengannya

"Tak apalah orang tak tahu apa yang saya lalui. Biarlah. Dunia seni ini pun kecil dan pusing pusing akan jumpa dia juga," katanya.

Emma juga menyangkal jika ada yang menuduh dia sudah mengikis duit Zizan dan kemudian tergamak meninggalkan lelaki itu

"Saya berani bersumpah selama kenal dia, saya tak pernah guna atau kikis duit dia. Saya sendiri bekerja dan ada pendapatan. Kalau dari awal saya nak kikis duit orang lebih baik saya cari lelaki yang lebih kaya.

"Tapi saya cintai dia selama ini ikhlas dan pada satu tahap saya sudah tak mampu bertahan lagi dengan sikapnya;" katanya.


1/3/15

Kes BULI pelajar dibuli 5 orang Pelajar Lain

Lagi Kes Buli Tersebar Di Media Social tahun 2015 ini..

Alor Setar: Video memaparkan sekumpulan lima murid membuli seorang murid lain dipercayai berlaku di sekolah rendah, di sini, viral di laman sosial Facebook sejak semalam.

Video berdurasi satu minit 51 saat berkenaan mendapat lebih 30,000 tontonan sekali gus orang ramai meminta pihak berkaitan mengambil tindakan sewajarnya.

Difahamkan, kejadian membabitkan murid berusia 12 tahun itu dipercayai berlaku di dalam kelas pada waktu rehat, September lalu.

Paparan video berkenaan menunjukkan mangsa yang berpakaian sukan duduk atas lantai dan disepak pada badan selain kepalanya turut diletakkan bakul sampah plastik.

Bagaimanapun, mangsa hanya mendiamkan diri tanpa melawan sebaliknya menangis sambil meminta tidak diapa-apakan.

Difahamkan, pihak sekolah sudah berbincang dengan keluarga murid terbabit, pagi ini, yang turut meminta polis memberi amaran keras kepada semua pembuli berkenaan.

Sementara itu, Exco Pendidikan negeri, DatukTajul Urus Mat Zain berkata, beliau sudah dimaklumkan berhubung kejadian dan meminta maklumat lengkap daripada Jabatan Pendidikan Negeri.

Wakil keluarga ditemui enggan memanjangkan kes berkenaan, namun sudah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, tengah hari tadi.

Other News

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...