Kejadian aneh berlaku apabila kebakaran misteri terjadi apabila ibu dan anak bersama...
Kluang: Seorang ibu dari Felda Kahang Timur di sini, terpaksa berpisah buat sementara dengan anak perempuan berumur 10 tahun bagi mengelak kejadian tidak diingini berikutan kebakaran misteri berterusan berlaku setiap kali dua beranak itu bersama.
Nor Hawa Ahmad, 34, mendakwa kejadian pelik itu berlaku sejak November tahun lalu, apabila mula diganggu perkara pelik seperti pintu dan tingkap rumah ditutup dan dibuka sendiri.
Katanya, gangguan itu berpanjangan sehingga beberapa barangan dalam rumahnya seperti telekung, langsir, tilam, selimut serta pakaian pula tiba-tiba terbakar.
“Selepas beberapa minggu melalui kejadian pelik itu, kami bercadang menumpang di rumah ibu mentua berhampiran, namun kebakaran itu berlaku pula di rumahnya.