7/17/16

HANCUR HATI SI SUAMI RAKAM ISTERI BERZINA DI DEPAN MATA

Saya bekerja sebagai seorang ketua eksekutif di sebuah syarikat swasta. Isteri saya adalah juru audit di sebuah syarikat swasta juga. Kami mempunyai seorang anak perempuan yang kini berumur 13 tahun. Dialah buah hati saya dunia dan akhirat.

KISAH ini terjadi pada dua tahun lepas. Saya perhatikan sikap isteri saya tak macam biasa. Saya dapat kesan perubahan sikapnya kerana dah lebih 10 tahun kami bersama. Mana tidaknya, kadangkala saya sembunyi-sembunyi perhatikan tingkah lakunya.


Saya lihat dia semakin gemar membawa handphonenya kemana-mana walau ke bilik air. Saya cuba mintak nak lihat handphonenya tetapi berjuta alasan yang dia berikan. Saya dah terfikir macam-macam. Saya cuba selami apa yang dia alami tetapi gagal. Nampak seperti dia menyembunyikan sesuatu dan layanannya juga tidak seperti dulu.

SEBELUM INI, bila saya buat lawak, pasti dia yang akan ketawa dahulu walau pun cerita yang saya nak sampaikan belum habis lagi. KINI, setakat ketawa kecil untuk ambil hati saya saja. Soal Atas Katil pun begitu, dalam sebulan sekitar 5 kali yang saya minta cuma sekali yang saya dapat. Itu pun rasa macam beraksi dengan patung. Kalau dulu, bila saya mintak 5 kali, 8 kali pun dia sanggup walaupun dia sampai susah nak bangun pagi tapi sekarang nyata berbeza.

SUATU HARI, mungkin tuhan nak kabulkan doa saya supaya diberi petunjuk dalam menghadapi situasi ini. Isteri saya mandi dan tertinggal handphonenya dalam laci. Saya yang sedang bersiap nak pergi kerja terdengar handphonenya berbunyi tanda ada mesej diterima. Terus saya capai handphonenya dan buka peti mesejnya. Tiada nama terpapar, cuma nombor sahaja. Saya cepat-cepat catat nombor handphone yang tertera. Kemudian saya baca isi mesejnya. Kesangsian saya mula memuncak bila terbaca mesejnya yang berbunyi “Lepas kerja tunggu kat tempat biasa”. Hati saya mula bergelora dan fikiran mula bercelaru. Tapi saya tahankan dan cepat-cepat padam mesej tu dan letakkan kembali handphone tu ditempatnya. Perlahan-lahan saya keluar dari bilik dan bersarapan.


Semasa saya bersarapan isteri saya siap mandi dan kemudian dia bersarapan bersama-sama saya. Saya cuba tahankan perasaan saya ketika itu dan buat macam tidak ada apa-apa yang berlaku. Kemudian kami pergi kerja menaiki kereta masing-masing. Sebelum itu, saya bawa bersama viewcam untuk digunakan sebagai pengumpul bukti.










Pelakon Lelaki Popular ADI PUTRA Kahwin Lagi?

Pelakon Lelaki Popular ADI PUTRA Kahwin Lagi? Pelakon lelaki popular, Adi Putra, 35, dikatakan mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama wanita yang difahamkan seorang pegawai kerajaan berusia 33 tahun, baru-baru ini.


Gambar lelaki yang mirip Adi Putra yang seakan-akan baru menjalani upacara akad nikah disiarkan sebuah portal hiburan hari ini. Ia dikatakan perkahwinan ketiga wanita terbabit yang turut mempunyai seorang cahaya mata daripada perkahwinan sebelum ini.

Menurut laporan media pula, isteri Adi, Aida Yusof, 41, tidak mengetahui berita pernikahan suaminya itu walaupun sedar kewujudan hubungan antara mereka sejak 2015. Wanita itu yang dikatakan berkhidmat sebagai seorang pegawai di sebuah jabatan kerajaan itu juga difahamkan menjadi rakan kongsi perniagaan Adi Putra.

 Adi, bagaimanapun, sehingga petang ini belum lagi mengulas mengenai cerita perkahwinan terbabit atau memberi apa-apa komen.

Other News

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...