11/2/14

Pelajar Tempatan Disambar Kilat Semasa Menggunakan Handphone

Adakah anda suka guna gadget anda semasa hari hujan dan petir-kilat sabung-menyabung di langit? Sememangnya adalah sangat merbahaya sekiranya menggunakannya dalam keadaan tersebut dan boleh menyebabkan kecederaan dan paling teruk lagi, kematian seperti yang dilaporkan oleh berita dari HMetro.

Serian: Seorang pelajar lelaki maut selepas disambar petir ketika mendengar lagu menggunakan fon telinga yang disambungkan ke telefon bimbit dalam kejadian di rumahnya di Kampung Murud, di sini, kelmarin.

Bartholomew Robert, 14, pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taiee, di sini, dilaporkan disambar petir ketika berada di ruang tamu rumahnya, jam 6.30 petang.
Sumber berkata, sebelum itu, mangsa dipercayai menggunakan fon telinga untuk mendengar lagu melalui telefon bimbit.

"Ketika kejadian, cuaca buruk dengan kilat serta hujan, sebelum menyambar peranti digunakan mangsa. Ini menyebabkan mangsa rebah dan tidak sedarkan diri.

"Kejadian berlaku di hadapan ibu bapa serta ahli keluarga mangsa yang bergegas membawanya ke Hospital Serian untuk rawatan lanjut, namun disahkan meninggal dunia," katanya.

No comments:

Other News

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...