8/8/15

Senarai 5 Ciri-Ciri Lelaki Yang Dijauhi Oleh Wanita!

Senarai 5 Ciri-Ciri Lelaki Yang Dijauhi Oleh Wanita!
1.  Tak hormat wanita – antara peranan wanita yang terpenting di dunia adalah menjadi isteri dan ibu kepada insan yang bernama lelaki. Maka, seseorang wanita itu memang berhak untuk dihormati. Jangan sesekali  menyakiti wanita baik dari segi fizikal ataupun emosi. Dah memang peranan lelaki untuk melindungi kaum wanita yang memiliki sikap yang lemah, tak gitu?  Ya, dari segi fizikalnya, wanita memang agak lemah daripada lelaki, namun jangan terkejut jika ‘tangan yang disangka lembut itulah yang menghayun buaian, mengoncang dunia dan seterusnya mencipta sejarah’….
2.  Terlalu ego – anda terlalu ego? Jangan begitu… kerana sikap ini sebenarnya hanya akan menjauhkan wanita daripada anda! Sikap ego boleh membawa banyak keburukan di dalam sesuatu hubungan. Ego dalam diri seorang lelaki itu boleh membuatkan sikap yang lemah lembut bertukar menjadi panas baran. Ego lelaki jugak biasanya menghalangnya daripada mengakui kebenaran kata-kata seorang wanita. Kalau boleh, kawallah sikit ego tu kerana wanita amat suka jika kekasihnya dapat mengalah dalam sesuatu perkara.

3.  Penakut – bukankah seorang lelaki itu penyelamat atau hero kepada wanita? Oleh itu wanita perlukan seorang kekasih yang gagah yang dapat menjaga keselamatan serta melindungi dirinya. Tapi ‘gagah’ tu bukanlah beerti anda semua kena ada ‘6 packs’ di bahagian perut tue, cuma memadailah jika anda tahu serba sedikit bab-bab mempertahankan diri ker, ataupun doa-doa pelindung diri ker…:-)… Amalkan petua ini, berani kerana benar, takut kerana salah yer…. huhu
4. Pemarah – wanita tak suka lelaki yang suka marah-marah. Kalau nak marah pun, biarlah bertempat, tak gitu? Misalnya, kalau ko dapat  tau isteri ko tengah berdating dengan lelaki lain, memang patut lah ko rasa marah. Tapi jangan pulak anda ‘ringan-ringankan’ tangan. Sebaliknya, ambil sikap bersabar. Mana tau kot-kot isteri pun cari lain sebab suaminya terlalu pemarah dan bengis… :-)
5.  Sukakan lelaki – ehem-ehem… maksudnya ‘gay’ la nie:-) Ntah nape pada zaman sekarang nie, makin ramai pulak yang sukakan kaum sejenisnya. Mungkin terlalu ‘free minded’ ataupun terlalu terdedah dengan budaya Barat, betul tak? Yang pastinya, wanita boleh menganggap anda sebagai teman mereka, tetapi bukan sebagai teman lelaki ataupun bakal suami la..  Anyway, tak salah jika seorang lelaki itu suka pada kawan lelaki mereka – tapi setakat ‘suka’ in terms of friendship jer la… kalau selain daripada tue…  mintak maaflah brader… ;-)

No comments:

Other News

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...