Gila! Baru berkahwin selama 2 hari, seorang lelaki bertindak menceraikan bininya kerana dianggap pembawa sial!
Di Arab Saudi, baru dua hari berkahwin, seorang suami menceraikan isterinya selepas berlaku beberapa insiden buruk sewaktu berbulan madu.
Menurut laporan Emirates 24/7, kerana beberapa insiden yang berlaku ketika pasangan tersebut berbulan madu, lelaki tersebut mengganggap isterinya itu pembawa sial.
Pada malam selepas majlis pernikahan, pasangan itu makan malam di sebuah restoran dan terjadi perkara yang tidak diingini.
Pelayan yang membawa makanan mereka terjatuh selepas si isteri memuji cara pelayan itu berjalan. Bermula dari insiden itu, si suami mengganggap isterinya pembawa sial.
Tibanya di rumah mereka, si isteri memegang botol minyak wangi dan memberitahu suaminya bahawa botol minyak wangi tersebut sangat cantik.
“Selepas dia berkata sedemikian, botol itu jatuh dan pecah,” ujar laporan akhbar di Arab Saudi.
“Selepas dia berkata sedemikian, botol itu jatuh dan pecah,” ujar laporan akhbar di Arab Saudi.
Selepas insiden itu, si suami memutuskan untuk mengakhiri hubungan mereka dan menghantar semula isterinya kembali kepada keluarganya pada keesokan harinya.
No comments:
Post a Comment