Suspek kes bunuh pegawai JPJ di Pejabat Agama Kompleks Seri Iman Kuala Terengganu berjaya ditangkap oleh polis hari ini.
Suspek Mohd Hafiz Mohamad bersembunyi selama tiga hari dari buruan polis dengan bapa saudara dan rakan subahat ditangkap semalam.
Gambar suspek ditangkap telah tersebar di Aplikasi WhatsApp tengah hari ini.
Namun lokasi dan masa belum dapat disahkan setakat ini.
Pihak polis akan membuat sidang media khas di Ibu Pejabat Siasatan Jenayah IPD Kuala Terengganu petang nanti.
Suspek yang terlibat kes bunuh Ahad lalu bertindak menikam hingga mati abang kepada bakal isteri selepas status perkahwinannya terbongkar dan terus melarikan diri. -Terengganu Times
10/19/16
10/16/16
Saya tidak sangka bakal suami saya yang selama ini berperwatakan lembut sanggup bertindak agresif dan menikam abang saya
KUALA TERENGGANU - "Saya tidak sangka bakal suami saya yang selama ini berperwatakan lembut sanggup bertindak agresif dan menikam abang saya," kata Azlina Husin, 27, adik kepada kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang dibunuh di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Terengganu (Maidam), di sini pagi tadi.
Beliau bersama enam anggota keluarganya termasuk abangnya bertolak dari Kelantan kira-kira jam 10 pagi semalam dan tiba di Pejabat Maidam pada jam 10.30 pagi tadi bagi mengesahkan status bakal suaminya itu.
Azlina berkata, beliau terkejut apabila diberitahu pihak Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Terengganu bahawa suspek yang berumur 29 tahun itu pernah berkahwin, sedangkan dia sebelum ini mempertahankan bahawa dia masih bujang.
"Selepas dimaklumkan dia telah berkahwin, saya terus berkata, cukup setakat ini sahaja, kerana saya telah berjanji dengan keluarga saya untuk tidak bersamanya jika dia suami orang. Dia dengan tenang menerimanya (keputusan).
"Sejurus itu abang saya mengajak dia pergi minum. Namun tiba-tiba kami terkejut, bila diberitahu abang saya telah ditikam," katanya kepada pemberita di Bilik Mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah.
Azlina berkata, dia mula mengenali lelaki tersebut enam tahun lalu menerusi telefon, namun hubungan mereka terputus seketika ekoran kekangan kerja dan kembali berhubung rapat dua tahun lepas.
Beliau berkata, hasrat untuk melangsungkan perkahwinan dengan lelaki berkenaan dibuat tahun ini selepas beberapa kali lelaki itu menangguh perkara tersebut apabila diajak berkahwin sejak tahun lepas.
"Abang saya sebelum ini ada memaklumkan bahawa bakal suami itu telah berkahwin, namun saya enggan mempercayainya lantas saya membuat keputusan untuk menyemak statusnya," katanya.
Anak keenam daripada sembilan adik beradik ini berkata, bakal suaminya itu adalah seorang yang berperwatakan lembut dan sentiasa prihatin, namun tidak menyangka dia bersikap seperti itu.
"Saya harap dia ditangkap segera sebab jika dia boleh lakukan perkara itu pada abang saya, mungkin juga dia boleh lakukan benda yang sama pada saya dan ahli keluarga saya yang lain.
"Sebelum ini abang saya selalu menasihatinya dan meminta saya agar membuat keputusan yang tepat. Abang juga seorang yang sangat bertanggungjawab. Saya sangat terkilan disebabkan saya, abang saya yang menjadi mangsa," katanya.
Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, mangsa ditikam sebanyak enam kali dengan pisau.
Suspek kemudian melarikan diri bersama seorang rakannya dengan kereta. - Bernama
source
7/17/16
HANCUR HATI SI SUAMI RAKAM ISTERI BERZINA DI DEPAN MATA
Saya bekerja sebagai seorang ketua eksekutif di sebuah syarikat swasta. Isteri saya adalah juru audit di sebuah syarikat swasta juga. Kami mempunyai seorang anak perempuan yang kini berumur 13 tahun. Dialah buah hati saya dunia dan akhirat.
KISAH ini terjadi pada dua tahun lepas. Saya perhatikan sikap isteri saya tak macam biasa. Saya dapat kesan perubahan sikapnya kerana dah lebih 10 tahun kami bersama. Mana tidaknya, kadangkala saya sembunyi-sembunyi perhatikan tingkah lakunya.
Saya lihat dia semakin gemar membawa handphonenya kemana-mana walau ke bilik air. Saya cuba mintak nak lihat handphonenya tetapi berjuta alasan yang dia berikan. Saya dah terfikir macam-macam. Saya cuba selami apa yang dia alami tetapi gagal. Nampak seperti dia menyembunyikan sesuatu dan layanannya juga tidak seperti dulu.
SEBELUM INI, bila saya buat lawak, pasti dia yang akan ketawa dahulu walau pun cerita yang saya nak sampaikan belum habis lagi. KINI, setakat ketawa kecil untuk ambil hati saya saja. Soal Atas Katil pun begitu, dalam sebulan sekitar 5 kali yang saya minta cuma sekali yang saya dapat. Itu pun rasa macam beraksi dengan patung. Kalau dulu, bila saya mintak 5 kali, 8 kali pun dia sanggup walaupun dia sampai susah nak bangun pagi tapi sekarang nyata berbeza.
SUATU HARI, mungkin tuhan nak kabulkan doa saya supaya diberi petunjuk dalam menghadapi situasi ini. Isteri saya mandi dan tertinggal handphonenya dalam laci. Saya yang sedang bersiap nak pergi kerja terdengar handphonenya berbunyi tanda ada mesej diterima. Terus saya capai handphonenya dan buka peti mesejnya. Tiada nama terpapar, cuma nombor sahaja. Saya cepat-cepat catat nombor handphone yang tertera. Kemudian saya baca isi mesejnya. Kesangsian saya mula memuncak bila terbaca mesejnya yang berbunyi “Lepas kerja tunggu kat tempat biasa”. Hati saya mula bergelora dan fikiran mula bercelaru. Tapi saya tahankan dan cepat-cepat padam mesej tu dan letakkan kembali handphone tu ditempatnya. Perlahan-lahan saya keluar dari bilik dan bersarapan.
Semasa saya bersarapan isteri saya siap mandi dan kemudian dia bersarapan bersama-sama saya. Saya cuba tahankan perasaan saya ketika itu dan buat macam tidak ada apa-apa yang berlaku. Kemudian kami pergi kerja menaiki kereta masing-masing. Sebelum itu, saya bawa bersama viewcam untuk digunakan sebagai pengumpul bukti.
KISAH ini terjadi pada dua tahun lepas. Saya perhatikan sikap isteri saya tak macam biasa. Saya dapat kesan perubahan sikapnya kerana dah lebih 10 tahun kami bersama. Mana tidaknya, kadangkala saya sembunyi-sembunyi perhatikan tingkah lakunya.
Saya lihat dia semakin gemar membawa handphonenya kemana-mana walau ke bilik air. Saya cuba mintak nak lihat handphonenya tetapi berjuta alasan yang dia berikan. Saya dah terfikir macam-macam. Saya cuba selami apa yang dia alami tetapi gagal. Nampak seperti dia menyembunyikan sesuatu dan layanannya juga tidak seperti dulu.
SEBELUM INI, bila saya buat lawak, pasti dia yang akan ketawa dahulu walau pun cerita yang saya nak sampaikan belum habis lagi. KINI, setakat ketawa kecil untuk ambil hati saya saja. Soal Atas Katil pun begitu, dalam sebulan sekitar 5 kali yang saya minta cuma sekali yang saya dapat. Itu pun rasa macam beraksi dengan patung. Kalau dulu, bila saya mintak 5 kali, 8 kali pun dia sanggup walaupun dia sampai susah nak bangun pagi tapi sekarang nyata berbeza.
SUATU HARI, mungkin tuhan nak kabulkan doa saya supaya diberi petunjuk dalam menghadapi situasi ini. Isteri saya mandi dan tertinggal handphonenya dalam laci. Saya yang sedang bersiap nak pergi kerja terdengar handphonenya berbunyi tanda ada mesej diterima. Terus saya capai handphonenya dan buka peti mesejnya. Tiada nama terpapar, cuma nombor sahaja. Saya cepat-cepat catat nombor handphone yang tertera. Kemudian saya baca isi mesejnya. Kesangsian saya mula memuncak bila terbaca mesejnya yang berbunyi “Lepas kerja tunggu kat tempat biasa”. Hati saya mula bergelora dan fikiran mula bercelaru. Tapi saya tahankan dan cepat-cepat padam mesej tu dan letakkan kembali handphone tu ditempatnya. Perlahan-lahan saya keluar dari bilik dan bersarapan.
Semasa saya bersarapan isteri saya siap mandi dan kemudian dia bersarapan bersama-sama saya. Saya cuba tahankan perasaan saya ketika itu dan buat macam tidak ada apa-apa yang berlaku. Kemudian kami pergi kerja menaiki kereta masing-masing. Sebelum itu, saya bawa bersama viewcam untuk digunakan sebagai pengumpul bukti.
Pelakon Lelaki Popular ADI PUTRA Kahwin Lagi?
Pelakon Lelaki Popular ADI PUTRA Kahwin Lagi? Pelakon lelaki popular, Adi Putra, 35, dikatakan mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama wanita yang difahamkan seorang pegawai kerajaan berusia 33 tahun, baru-baru ini.
Gambar lelaki yang mirip Adi Putra yang seakan-akan baru menjalani upacara akad nikah disiarkan sebuah portal hiburan hari ini. Ia dikatakan perkahwinan ketiga wanita terbabit yang turut mempunyai seorang cahaya mata daripada perkahwinan sebelum ini.
Menurut laporan media pula, isteri Adi, Aida Yusof, 41, tidak mengetahui berita pernikahan suaminya itu walaupun sedar kewujudan hubungan antara mereka sejak 2015. Wanita itu yang dikatakan berkhidmat sebagai seorang pegawai di sebuah jabatan kerajaan itu juga difahamkan menjadi rakan kongsi perniagaan Adi Putra.
Adi, bagaimanapun, sehingga petang ini belum lagi mengulas mengenai cerita perkahwinan terbabit atau memberi apa-apa komen.
Gambar lelaki yang mirip Adi Putra yang seakan-akan baru menjalani upacara akad nikah disiarkan sebuah portal hiburan hari ini. Ia dikatakan perkahwinan ketiga wanita terbabit yang turut mempunyai seorang cahaya mata daripada perkahwinan sebelum ini.
Menurut laporan media pula, isteri Adi, Aida Yusof, 41, tidak mengetahui berita pernikahan suaminya itu walaupun sedar kewujudan hubungan antara mereka sejak 2015. Wanita itu yang dikatakan berkhidmat sebagai seorang pegawai di sebuah jabatan kerajaan itu juga difahamkan menjadi rakan kongsi perniagaan Adi Putra.
Adi, bagaimanapun, sehingga petang ini belum lagi mengulas mengenai cerita perkahwinan terbabit atau memberi apa-apa komen.
4/3/16
Pemuda Ditipu Pada Hari Pernikahan Yang Diimpikan Apabila Bakal Pengantin Ghaib Dengan RM16,000 Hantaran Pada hari Pernikahan
TAMPIN - Hari pernikahan yang dinanti- nantikan seorang posmen untuk disatukan bersama kekasih hatinya dengan hantaran RM19,000, semalam menjadi hari paling mengecewakan dalam hidupnya apabila impian mendirikan rumah tangga punah.
Bakal pengantin itu terkejut apabila kediaman bakal pengantin perempuan tidak berpenghuni dan bakal isterinya tidak dapat dihubungi sedangkan tarikh berkenaan merupakan tarikh mereka disatukan dan dinikahkan di rumah tersebut sebagaimana diputuskan sebelum ini.
Dalam kejadian jam 10 pagi itu, rombongan pengantin lelaki juga terpaksa menanggung malu dan rasa tertipu susulan telah menyerahkan wang hantaran RM16,000 sebelum hari pernikahan.
Lebih mengecewakan, tarikh 2 April dipilih sebagai hari bahagia lelaki itu berikutan tarikh berkenaan merupakan ulang tahun kelahirannya, namun perkara tidak diingini berlaku.
Difahamkan, walaupun perbincangan majlis akad nikah dan perkahwinan belah pihak pengantin perempuan telah ditetapkan sebelum ini dan kad jemputan telah dibuat, namun jiran berdekatan tidak mengetahui hal tersebut dan tidak mendapat jemputan.
Menurut sumber, bakal pengantin lelaki berusia 26 tahun itu telah mengikat tali pertunangan dengan kekasih hatinya berusia 22 tahun yang bekerja sebagai pekerja kedai telefon di salah sebuah kedai di Pulau Sebang pada pertengahan 2014.
“Mengikut perjanjian semasa majlis pertunangan, mereka sepakat menunggu tempoh dua tahun bagi memberi peluang kepada bakal pengantin lelaki mengumpul wang hantaran RM19,000.
“Bakal pengantin lelaki yang hanya bekerja sebagai posmen di Kuala Lumpur itu berjaya mengumpulkan wang hantaran dengan hasil titik peluh bekerja sebagai posmen dengan gaji RM900 sebulan serta bantuan kewangan daripada adik-beradiknya yang lain,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Sumber berkata, bakal pengantin lelaki telah menyerahkan wang hantaran RM13,000 kepada keluarga pengantin perempuan yang tinggal kira- kira 3 kilometer dari kediaman keluarganya pada pertengahan November lalu dan pada awal Mac lalu, mangsa menyerahkan wang sebanyak RM3,000 lagi.
Kata sumber, baki sebanyak RM3,000 lagi bakal diserahkan lelaki itu kepada bakal isterinya itu di hari mereka disatukan dengan ikatan akad nikah yang sepatutnya berlaku semalam.
Bakal pengantin lelaki difahamkan turut mengalami kerugian lebih RM30,000 berikutan sudah membuat pelbagai persediaan di majlis perkahwinan rumah pengantin perempuan termasuk pelamin, baju pengantin dan jurukamera.
Menurut sumber, mangsa bakal mengambil tindakan saman malu berhubung insiden berkenaan kerana bakal pengantin melarikan diri di hari perkahwinan termasuk mengedarkan kad jemputan perkahwinan bagi pihak keluarga lelaki.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang mengesahkan ada menerima laporan berhubung insiden berkenaan.
Usaha Sinar Harian untuk mendapatkan reaksi dari pihak bakal pengantin perempuan semalam tidak berjaya.
Kes melibatkan pasangan pengantin merupakan kes kedua berlaku dalam dua minggu ini. Sebelum ini hasrat seorang pengawal keselamatan untuk melangsungkan perkahwinan bersama pasangannya tidak kesampaian selepas dia ditumbuk ahli keluarga wanita terbabit dalam satu kejadian di Masjid Jamek Al-Khadijiah, gara- gara tidak menyediakan wang hantaran RM15,000 yang mencukupi.
1/10/16
Taktik Wanita Untuk Disukai Oleh Suami, Kaum Wanita Mesti Tahu!
Setiap wanita di dunia ini yang mempunyai suami mahupun belum inginkan kebahagiaan dan disukai suami seadanya. Mereka berharap agar gerbang perkahwinan yang dibina akan kekal sehingga ke akhir hayat. Tiada seorang pun di dunia ini yang mahukan rumah tangga mereka porak peranda.
Di sini ada beberapa tips dan teknik berkesan untuk menjadi wanita yang disukai suami. Tekni tersebut adalah :
1. Terima Lelaki agar Dia Menerima Anda Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain dari “Terimalah lelaki sebagai sediakala”. Terima dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda mengetahui ialah mengenai lelaki, bukan mengubah lelaki. Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih anda atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan yang lain, yang mungkin tidak anda sukai, dan tidak menyukai anda.
2. Fahamilah Lelaki Agar Dia Memahami Anda Cuba memahami perangai sedia ada pada seorang lelaki dan menyesuaikan perangai itu dengan diri anda, adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda.
3. Berubah Untuk Menikmati Perubahan Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian. Kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu. Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.
4. Sanggup Memberi Untuk Menerima Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak dari yang anda sanggup terima dari seorang lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak dari yang sanggup anda beri.
5. Percaya Untuk Dipercayai Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, janganlah anda harapkan lelaki itu percaya kepada anda. Hidup ini meminta pada yang ada, merajuk pada yang sayang. Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara mudah, bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda bukanlah payah. Apabila dia sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.
6. Menangkan Lelaki Untuk Menang Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki, kerana dalam kehidupan suami isteri. Sepatutnya sama-sama menang dalam semua aspek kehidupan. Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami, kedua kuasa isteri. Kuasa suami adalah memulakan dan meyuarakan. Kuasa isteri adalah sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, maka rumahtangga akan menjadi porak-peranda. Dari itu rujuklah kepada agama untuk menghalusi apakah yang boleh dilakukan dan apakah yang dilarang.
7. Sifat Negatif Membuahkan Kesan Negatif Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap suaminya. Ramai juga yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah-rendahkan suaminya, membandingkan suaminya dengan lelaki lain, dan memaki hamun suaminya. Sekiranya anda bersifat sedemikian, walaubagaimana kenalpun anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yang mungkin menjadi sebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, selalu masam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan diri anda. Andalah yang patut berubah.
8. Bertanggungjawab Akan Menikmati Kesan Tanggungjawab Sebenarnya tanggungjawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah walaupun dunia ini menjadi semakin maju. Begitulah juga tanggungjawab suami kepada isterinya. Selagi anda menjalankan tanggungjawab anda dengan sempurna sebagaimana yang digariskan olah agama, anda tidak perlu risau apa pun. Allah akan menempatkan anda dipihak yang benar, dan anda tidak akan rugi apa-apa.
9. Kritikan Akan Membuahkan Kritikan Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki itu defensif dan sedaya upaya ingin mempertahankan dirinya. Ia bahaya kerana melukakan nilai diri lelaki boleh menjejaskan rasa kepentingan dirinya dan menyebabkan dia rasa kecewa kepada anda dan mungkin akan mengkritik anda pula.
10. Beri Lelaki Apa Yang Dia Mahu Dia akan melakukan apa sahaja untuk anda dan memberi apa yang anda mahu. Ada dua perkara besar yang dimahukan oleh manusia iaitu kehendak seks (bagi yang dah berkahwin) dan kehendak untuk menjadi penting. Setiap orang dewasa mahukan kesihatan, makan, tidur, wang, kepuasan seks, anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkan dan hidup yang bahagia dunia akhirat. Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda berikan.
11. Tunjukkan Minat Tulen Terhadap Lelaki Dia akan menunjukkan minat terhadap anda. Dengar apa yang ingin dikatakannya, walaupun ianya tentang dirinya sendiri atau mengenai kerjanya, ataupun kesukaannya. Lebih berminat anda padanya, maka lebih berminatlah dia kepada anda.
12. Senyuman Itu Tanda Kasih Yang Tidak Perlu Dibayar Anda tidak perlu membayar apa-apa untuk senyum pada lelaki yang anda kasihi. Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman yang dilemparkan kepada anda itu, begitu jugalah nikmat yang dirasanya apabila anda senyum padanya. Senyuman menyebabkan lelaki suka pada anda.
13. Panggilah Lelaki Dengan Panggilan Manja Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik dan nada yang lembut, begitulah pula lelaki. Dia mahukan anda memanggilnya dengan lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda sebagai wanita.
14. Hormati Dia Sebagai Lelaki Dia akan menghormati anda sebagai wanita. Jika anda berusaha untuk memahami sikapnya dan bertolak-ansur dengannya, dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda. Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, dan memberi penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadikan diri lebih terhormat.
15. Dengarlah Dengan Baik Antara masalah besar dalam rumahtangga ialah apabila masing-masing suami isteri tidak mahu berbincang secara terbuka. Dengarlah dengan baik apa yang diperkatakan oleh lelaki, nescaya dia akan mendengar pula apa yang ingin anda katakan.
16. Bercakaplah Tentang Apa Yang Disukai Lelaki Lelaki tidak suka mendengar celoteh wanita, mengenai hal-hal remeh-temeh yang biasanya diceritakan oleh wanita kepada wanita. Lebih baik bercakap perkara yang menjadi kesukaannya dan berkaitan dengan minat anda untuk membantu kerjayanya atau membantu mempertingkatkan ekonomi rumahtangga.
17. Katakanlah Bahawa Dia Penting Dalam Hidup Anda Dia akan menganggap anda penting dalam hidupnya. Antara kesilapan wanita ialah suka merendah-rendahkan suaminya, atau menganggap bahawa sekiranya perceraian berlaku, ramai lelaki yang lebih baik seikapnya dan sifatnya yang sanggup menjadi suami. Mungkin begitu jugalah suami anda berfikir mengenai anda.
18. Jangan Katakan Penyesalan Mengahwininya Apabila anda menyatakan penyesalan mengahwini suami, suami anda akan menyesal mengahwini anda, walaupun dia tidak menyatakannya. Menyatakan penyesalan berkahwin menunjukkan pendeknya akal anda dan lemahnya anda dalam menghadapi dugaan hidup. Sepatutnya anda berusaha untuk merasa gembira mengahwini suami anda.
19. Elakkan Pergaduhan Ada wanita yang menunggu-nunggu saat suaminya menegurnya atau menasihatkannya, kerana dia sudah sedia dengan peluru-peluru tohmah dan kejian serta airmatanya. Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berkaitan rumahtangga, elakkan pergaduhan, dan janganlah anda pula yang memulakannya.
20. Jangan Menyalahkan, Minta Maaf Bila Bersalah Sekiranya anda sukar meminta maaf atas kesalahan anda, dan sebaliknya amat suka mencari kesalahan lelaki, dia akan menganggap bahawa anda adalah seorang yang keras kepala dan keras hati, sukar dibentuk. Lebih buruk lagi dia mungkin merasa bahawa dia telah gagal membentuk diri anda sebagai isterinya, dan mungkin bersebab dari itu, dia cuba mencari jalan keluar.
21. Hidup Bukan Hanya Di Dunia Banyak masalah timbul kerana manusia biasanya bertindak dengan akal yang sempit dan tindakannya berbentuk keduniaan.Kejayaan anda di akhirat adalah bergantung kepada betapa baiknya anda kepada suami anda dan betapa bereskah tanggungjawab anda terhadapnya.
Kisah Si Suami Kerja Kontrak 3 Bulan Tanpa Gaji Namun Diajak Isteri Ke Kedai Perabot
Kisah Si Suami Kerja Kontrak 3 Bulan Tanpa Gaji Namun Diajak Isteri Ke Kedai Perabot Ini Kerana..
Jawapan isteri yang membuatkan suami menangis...
Assalamualaikum, kisah ini menceritakan suami yang bekerja secara kontrak dan sudah 3 bulan ditunda gajinya. Isterinya pada suatu hari mengajak beliau ke ekspo perabot dan hiasan dalaman rumah. Semuanya akan diceritakan menerusi perbualan di bawah:
"Abang, kita pergi kedai hiasan dalaman rumah, boleh?"
Isteri memandangku penuh pengharapan. Aku senyum kelat. Mengangguk tidak. Menggeleng tidak.
Tapi, belum sempat aku berikan jawapan dia dah pergi.
Dia tak tahu, dah 3 bulan gajiku tak berbayar. Entah apa masalahnya dengan syarikat tempat kerjaku. Masalah kemelesetan ekonomi agaknya. Aku bukannya kerja tetap pun situ. Ambil upah kontrak saja. Kerja aku, pikul simen, bawa paip besar-besar tu ke rumah-rumah. Kadang-kadang, aku jadi buruh binaan sandaran. Semua kerja berat, aku buat.
Bukan demi perut aku. Tapi, demi keluarga kecil aku ini. Anak baru dua orang. Dekat 10 tahun dah aku nikah. Isteri tak kerja. Suri rumah sepenuh masa.
Rumah ni pun rumah pusaka arwah nenek isteri. Duduk menumpang di tanah famili. Aku harta apa pun tiada. Harapkan kereta Proton Saga first model tu saja. Tu pun dah nak roboh kalau bawa lebih 100 km/j.
"Jom."
Anak-anak pun dah siap. Isteriku senyum manja.
Kami ke kedai pameran perabot dan hiasan dalaman yang besar dekat area sini. Ada ekspo rupanya.
Aku tengok isteriku dan anak-anak happy sangat. Pergi dari satu pameran ke satu pameran. Dari satu galeri ke satu galeri. Display ke display. Dari pameran ruang tamu ke ruangan dapur.
Aku tengok dan tanya harga.
"Ribu. Belas ribu. Puluh ribu."
Isteriku pimpin tanganku dan anak-anak. Sepanjang pameran, dia senyum saja. Hairannya, tak pula dia suruh aku beli.
Sampai di ruangan galeri dapur, dia berhenti lama. Aku tahu, dia mengimpikan dapur luas seperti itu. Ada kabinet, lengkap dengan ketuhar, dapur masak dan hood. Barangan dapur serba lengkap. Wanita mana yang tidak suka?
Dia memegang erat sedikit genggaman tanganku. Aku tahu, dia mahu.
"Abang, jom. Kita balik. Dah puas tengok."
Aku terkebil-kebil. Menuruti saja langkahnya ke kereta uzurku.
Dalam kereta, isteriku tak lepaskan tanganku. Aku sengaja bertanya,
"Awak nak dapur macam tadi, ya?"
Dia jawab,
"Nak sangat. Tapi..."
Aku mencelah.
"Tapi?"
Dia meletakkan kepalanya di bahuku.
"Tapi, biarlah. Syukur dengan dapur rumah kita. Syukur dapat makan dan minum apa adanya. Bukan dapur yang saya ingini, tapi abang dan anak-anak ada di sisi. Masa makan, ceria dan gelak sekali. Gurau senda dengan famili. Meja kecil, senang nak capai dan hulur lauk. Senang nak suap suami dan anak-anak makan. Dapur yang bahagia."
Aku terdiam. Senyum paksa.
"Abang tahu impian awak.."
Isteriku cepat-cepat genggam erat lagi. Kali ini lenganku jadi mangsa.
"Abang jangan fikir macam-macam. Saya ajak abang datang sini, supaya keinginan mata saya untuk lihat semua tadi, pudar setelah dah lihat. Tak terbayang-bayang dah. Tengok dan lupakan.
Mencintai tidak bermakna perlu memiliki. Suka, tak bermakna nak beli.
Semua barangan mewah tadi, dari ruang tamu sampai ke dapur, dari pagar rumah sampailah rumah mewah, saya impikan abang dan anak-anak ada bersama dalam rumah tu dengan kelengkapan tu semua.
Indah sangat ada segalanya. Bahagia sangat.
Tapi saya bayangkan bukan indah di dunia, bang. Saya bayangkan mahligai di Syurga ada lebih dari semua tadi. Segalanya ada belaka.
Apa guna jika ada semuanya, tapi abang dan anak-anak tidak turut serta? Itu bukan bahagia maknanya pada saya.
Abang, susah kita sekarang, semua yang kita lalui sekarang ini adalah harga yang sedang kita bayar untuk mahligai di akhirat kelak. Makin kita sabar dan tenang lalui pahit-maung, suka duka masih bersama, insya-Allah.
Syurga jadi milik kita jua.
Bang, 'syurga' bagi setiap orang tidak sama. Ada orang makan kek yang harga mahal barulah dia terasa bahagia.
Tapi, saya dan anak-anak, makan biskut tawar pun sudah terasa nikmat bahagianya.
Abang, anak-anak. Syurga saya."
Aku terkesima dengan kata-kata isteriku. Berhenti seketika di bahu jalan. Aku cakap dengan dia nak check tayar. Macam tak sedap saja drive. Padahal, aku tunduk tengok tayar, nangis sendirian...
cry emoticon
Masuk balik kereta. Senyum.
"Depan sana ada air jambu asam boi. Semua nak tak?"
Isteri dan anak-anak serentak jawab, "Nak!"
1/9/16
Kalau Ada Rezeki, Hujung Tahun Ini Kita Beli Kereta Seconhand yer Bang
Bak kata pepatah, 'Hidup ini umpama roda, sekejap kita diatas dan sekejap kita di bawah', di dunia yang fana ini tidak semua orang kaya dan tidak semua orang miskin.
Sudah pasti ada antara inginkan menjadi seorang yang kaya dan hidup mewah, dan ada diantara kita tidak kisah kaya atau miskin asalkan bahagia.
Setiap ikatan yang dibina untuk membentuk sebuah keluarga sudah pasti ramai inginkan kebahagian, perlu diketahui, kebahagiaan bukan boleh dibeli dengan wang ringgit tapi dari keihklasan dan kejujuran yang dibina atas ikatan yang sah.
Sebuah posting di laman Facebook hari ini oleh seorang lelaki bernama Dan Shan di mana beliau telah menceritakan pengalaman yang disaksikannya terjadi di depan matanya iaitu perbualan antara sepasang suami isteri yang pasti membuatkan ramai rasa cemburu.
Berikut adalah tulisan beliau yang telah kami alih ke bahasa Malaysia.
Pertama sekali, Syukur Alhamdulillah kepada semua yang Allah telah berkati bersama saya. Amin.
Saya terlihat pasangan ini sedang memakai baju hujan kerana hujan lebat ketika itu. Ini adalah perbualan antara mereka ..
Suami: Kita tunggu kejap la sayang, Hujan lebat Sangat ni
Isteri: kalau tunggu takut lambat nak ambik Aishah (saya menganggap ia adalah anak perempuan mereka)
Suami: call la kak Nah cakap Kita Lambat sikit, Sutuh dia bagi makan dulu Ke apa.
Isteri membuat panggilan kemudian melihat suami dan berkata ..
Isteri: dah call, Kak Nah kata ok.
Beberapa minit kemudian selepas merenung ke dalam hujan, isteri berpaling kepada suaminya dan berkata .. "kalau kita ada rezeki lebih tahun ni, kita beli la kete second hand ye bang"
Suami: InSyaAlllah sayang, nanti abang usahakan. Senang la jugak kita, tapi nanti bil air kita la pulak naik pasal dah tak mandi hujan.. (kedua-dua mereka ketawa bersama-sama)
Walaupun dengan kesusahan yang dihadapi mereka, mereka masih mampu ketawa dan senyum bersama-sama. Di depan mata saya kini ada sebuah keluarga yang begitu bahagia. Semoga Allah memberkati anda dan keluarga anda dengan rezeki yang melimpah dan gembira sentiasa.
sumber
1/7/16
15 Tanda Hubungan Cinta Anda Tidak Ke Mana-Mana
Rasa seperti perhubungan yang anda jalani sekarang seperti tidak ke mana-mana? Anda atau si dia merasakan perhubungan ini sia-sia? Anda ingin tahu tanda-tanda hubungan cinta yang sedang dijalani sekarang tidak ke mana-mana? Baca entry kami. Mungkin anda mengalami salah satu daripada apa kami senaraikan.
1. Anda tidak bercakap tentang masa depan
2. Dia memberitahu anda bahawa dia bukan jenis yang mempunyai keinginan untuk berkahwin
3. Anda simpan lelaki lain kerana tahu si dia yang anda bersama sekarang tiada masa depan bersama
4. Anda hanya tempat si dia melepaskan nafsu
5. Anda berdua mempunyai banyak persamaan tetapi tiada rasa ‘keintiman’
6. Anda sudah tinggal tinggal bersama walaupun tiada ikatan yang sah
7. Mungkin disebabkan ibu bapa si dia pernah bercerai
8. Tiada seorang pun kawan si dia berkahwin 8. Anda berdua berlagak seperti masih ‘single’
9. Anda berdua tiada masa untuk bersama
10. Anda tiada keinginan yang jelas dalam perhubungan cinta
11. Anda tiada kehidupan sendiri, terlalu bergantung dengan si dia
12. Hubungan anda hanya wujud dalam talian(online relationship)
13. Anda tidak membawa dia ke dalam dunia anda
14. Anda mengelakkan pergaduhan
15. Dia tidak mempunyai kewangan yang stabil
1. Anda tidak bercakap tentang masa depan
2. Dia memberitahu anda bahawa dia bukan jenis yang mempunyai keinginan untuk berkahwin
3. Anda simpan lelaki lain kerana tahu si dia yang anda bersama sekarang tiada masa depan bersama
4. Anda hanya tempat si dia melepaskan nafsu
5. Anda berdua mempunyai banyak persamaan tetapi tiada rasa ‘keintiman’
6. Anda sudah tinggal tinggal bersama walaupun tiada ikatan yang sah
7. Mungkin disebabkan ibu bapa si dia pernah bercerai
8. Tiada seorang pun kawan si dia berkahwin 8. Anda berdua berlagak seperti masih ‘single’
9. Anda berdua tiada masa untuk bersama
10. Anda tiada keinginan yang jelas dalam perhubungan cinta
11. Anda tiada kehidupan sendiri, terlalu bergantung dengan si dia
12. Hubungan anda hanya wujud dalam talian(online relationship)
13. Anda tidak membawa dia ke dalam dunia anda
14. Anda mengelakkan pergaduhan
15. Dia tidak mempunyai kewangan yang stabil
Cara Tentukan Lelaki Masih Ada Teruna Atau Tidak
Memang sukar untuk mengetahui calon suami anda masih teruna atau tidak. Tentu anda ingin mengetahuinya ker‐ana anda mengharapkan suami yang berstatus sama seperti anda iaitu sama-sama mempunyai keperawanan.
Ini adalah rahsia untuk mengetahui apakah calon suami anda masih teruna atau tidak.
Bertanya Terus Anda boleh mengetahui status keper‐awanan suami anda dengan cara menanyakan terus dengan yang empun‐ya badan. Jika ia tulus sayang dengan anda, ia pasti akan berkata jujur tentang statusnya.
Keperawanan adalah perkara yang san‐gat peribadi. Ianya boleh menjadi harta yang paling berharga bagi mereka yang berjaya mempertahankannya hingga masanya berkahwin dan boleh saja menjadi aib jika mereka sudah tidak dara lagi.
Oleh kerana itu, anda harus bertanya tentang keperawanan kepada suami anda dengan hati-hati. Jangan sampai soalan itu menyinggung perasaannya.
Dengan berdialog Menurut ilmu psikologi, seorang lelaki jika diajak untuk berbincang mengenai topik keperawanan akan terlihat jelas status kesuciannya dilihat dari cara dia dalam memberi respon perbincangan tersebut.
Jika dia kelihatan sangat tertarik atau dia ingin sekali mendapatkan keteran‐gan terhadap topik yang sedang dibicarakan menandakan bahawa dia masih teruna namun sebaliknya jika dia menghindar atau mengalihkan perbin‐cangan dari topik yang sedang dibicarakan, kemungkinan dia sudah tidak teruna lagi atau dia mempunyai masalah dengan kesuciannya.
Sentuhan fizikal Seorang lelaki boleh disimpulkan masih teruna atau tidak dari kenalan fizikal pada masa berhubungan seks dengan pasangannya. Caranya adalah dilihat dari cara pemanasan sebelum melakukan hubungan suami isteri.
Lelaki yang masih teruna akan keli‐hatan tegang kerana baginya ini adalah pertama kalinya dia berhubungan intim dengan pasangannya. Malah mungkin dia tidak tahu bagaimana cara berhubungan intim yang baik dan apa peranannya ketika berhubungan intim. Dia juga akan melakukan terpancut awal ketika melakukan penembusan awal.
Mudah terangsang Lelaki yang tidak teruna biasanya akan mudah terangsang dengan hal-hal yang berbau porno atau segala aktiviti yang berkaitan dengan sentuhan fizikal den‐gan lawan jenis.
Warna zakar Keperawanan dapat dikenalpasti dari warna zakar si lelaki. Jika kepala zakar berwarna merah / kemerah-merahan, maka lelaki tersebut dipastikan masih teruna namun jika kelenjar zakar berwarna gelap atau malah terdapat sedikit kecacatan pada warna gland zakar, maka lelaki tersebut tidak teruna kerana gland penisnya sudah sering terkena gesekan.
Air mani Lelaki yang sudah tidak teruna akan mudah terangsang dengan hal sentuhan atau perkataan yang membuat mereka menjadi lebih ghairah. Ketika mereka sedang terangsang secara automatik akan mengeluarkan air mani.
Subscribe to:
Posts (Atom)