10/19/16

PEMBUNUH BAKAL ABANG IPAR (PEGAWAI JPJ) DI TERENGANU BERJAYA DIBERKAS

Suspek kes bunuh pegawai JPJ di Pejabat Agama Kompleks Seri Iman Kuala Terengganu berjaya ditangkap oleh polis hari ini.

Suspek Mohd Hafiz Mohamad bersembunyi selama tiga hari dari buruan polis dengan bapa saudara dan rakan subahat ditangkap semalam.


Gambar suspek ditangkap telah tersebar di Aplikasi WhatsApp tengah hari ini.

Namun lokasi dan masa belum dapat disahkan setakat ini.

Pihak polis akan membuat sidang media khas di Ibu Pejabat Siasatan Jenayah IPD Kuala Terengganu petang nanti.

Suspek yang terlibat kes bunuh Ahad lalu bertindak menikam hingga mati abang kepada bakal isteri selepas status perkahwinannya terbongkar dan terus melarikan diri. -Terengganu Times

No comments:

Other News

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...