9/18/14

Lelaki Bayar RM16000 Harga Dara Perempuan Yang Ditidurinya

Seorang lelaki telah diarahkan untuk membayar wang sebanyak RM16000 kerana telah menipu seorang wanita dan meniduri wanita tersebut dengan janji-janji palsu.
Shanghai: Seorang wanita yang menyaman seorang lelaki kerana ‘mencabuli haknya terhadap keperawanan’ selepas lelaki berkenaan memikatnya dengan janji palsu, menerima hampir RM16,000 sebagai pampasan.
Pasangan berkenaan berpacaran, tetapi selepas wanita itu, Chen, mendapati teman lelakinya itu sudah berkahwin, dia menyamannya atas tuduhan menipu serta menuduh dia berpura-pura bujang dan berjanji untuk berkahwin dengannya.
Seorang jurucakap Mahkamah Rakyat Pudong mengesahkan kes itu dan keputusan berkenaan.
Pasangan berkenaan berkenalan menerusi laman sosial pada 2009, tetapi mula berpacaran pada 2013 sebelum kedua-duanya bercuti bersama-sama ke Singapura dan mengadakan seks.
Apabila lelaki itu, Li, tiba-tiba memutuskan hubungan mereka, Chen menyerbu rumahnya dan mendapati dia sudah beristeri.
Chen menyamannya dengan menuduh dia mencabuli ‘haknya terhadap keperawanan’ dan kesihatan serta menuntut ganti rugi RM261,000 atas alasan mengalami gangguan psikologi.
Mahkamah bagaimanapun hanya mengarahkan Li membayar RM16,000 kerana meragut perawan Chen dengan janji palsu.

9/17/14

Tempat Maksiat Disebalik Hotel Bajet Diubahsuai

Keadaan di hotel bajet seolah-olah berada di dalam tirai besi apabila bilik dipasang geriji dan mangganya pula berada di luar. Rupanya bilik tersebut adalah digunakan sebagai tempat maksiat.

ALOR SETAR - Umpama berada di sebalik tirai besi! Begitulah gambaran tepat keadaan antara salah satu dari 26 bilik hotel bajet di Simpang Kuala, dekat sini, apabila dipasang geriji besi, malah dikunci dari luar.

Tinjauan mendapati keadaan bilik seolah-olah dalam penjara kerana mangganya dikunci di luar dan memberi peluang pasangan kekasih melampiaskan nafsu serakah mereka.

Malah, anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) perlu membuka kunci dari luar bilik ketika melakukan operasi bersempena Hari Malaysia di kediaman tersebut.

Penolong Pengarah Penguatkuasa Undang-Undang,  Syeikh Mohd Roshidi Mahmud berkata, taktik mengunci bilik dari luar sedemikian seolah-olah ingin mengaburi mata penguat kuasa.

“Apabila bilik dikunci dari luar, manakala motosikal disembunyikan dalam bilik motel seolah-olah kelihatan tiada orang, sedangkan pasangan berkenaan sedang seronok bermadu kasih dalam hotel diubah suai itu.

“Dalam serbuan terbabit, pihak kami mendapati seorang janda berusia 22 tahun ditahan bersama pasangannya, mekanik yang juga suami orang berumur 24 tahun,” katanya.

Menurutnya, pasangan kekasih dari Pendang ini memberi alasan bertemu hanya kerana ingin membincangkan mengenai perkahwinan mereka memandangkan hasrat tidak dipersetujui si isteri.
"Tetapi ketika serbuan, lelaki berkenaan ditemui dalam keadaan tidak berbaju, manakala pasangan wanita lengkap pakaian menyembunyikan diri dalam bilik air.

“Turut ditahan, dua pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) wanita bersama pasangan masing-masing, kontraktor dan kerani dalam operasi jam 11 malam hingga 3 pagi itu,” katanya.

Katanya, antara alasan dicipta mereka adalah menemani pasangannya belajar dan membincangkan hal perkahwinan mereka dalam bilik hotel terlibat.

"Ada pasangan didapati hanya berkenalan melalui laman sosial seperti Facebook, WeChat ataupun WhatsApp sebelum mengambil keputusan bertemu.

Oleh itu, katanya, dia meminta ibu bapa sentiasa memantau pergaulan dan pergerakan anak mereka.

"Pihak kami akan menjalankan pemeriksaan dari masa ke semasa di hotel terlibat demi memastikan kes sedemikian berkurangan," katanya.


9/16/14

Gadis 17 Tahun Hilang Dari Rumah, Dipercayai Ikut Teman Lelaki

IPOH: Seorang bapa merayu orang ramai membantu mengesan anak perempuannya Puteri Nur Sabrina, 17, yang hilang selepas keluar membeli nasi lemak di kawasan rumahnya di Taman Klebang Utama, Chemor sejak 30 Julai lalu.

Megat Kamarudzzaman Megat Talib, 45, berkata anak perempuannya itu yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini hilang tanpa membawa sebarang beg pakaian dan dipercayai mengikut teman lelakinya yang hanya dikenali sebagai Myzan dan berasal dari Gombak, Selangor.

"Ketika keluar pada hari kejadian, Sabrina memberitahu saya yang dia mahu keluar membeli nasi lemak di kawasan berdekatan dengan menaiki motosikal jenis Yamaha LC Ego. Ketika itu dia hanya memakai seluar trek berwarna gelap dan baju T berwarna putih.

"Bagaimanapun anak saya tidak kembali ke rumah selepas beberapa jam keluar dan saya mula mencari dia di beberapa rumah rakan sekolahnya namun dia gagal ditemui," katanya kepada BH sebentar tadi.

Megat Kamarudzzaman berkata, dia juga beberapa kali cuba menghubungi telefon bimbit anaknya namun tidak berjawab dan kini ia gagal dihubungi langsung.

Katanya, beliau sudah membuat laporan polis berhubung kehilangan anaknya itu di Balai Polis Chemor pada awal pagi 1 Ogos lalu.

"Selepas sebulan laporan kehilangan anak saya dibuat, pelbagai ikhtiar sudah dibuat termasuk cuba mencarinya di Kuala Lumpur dan mendapatkan maklumat lengkap lelaki yang dipercayai teman lelaki anak saya tetapi semuanya masih buntu," katanya.

Menantu Zalim, Membelasah dan Menghalau Adik Ipar, Mentua

Seorang menantu di Kuala Lumpur bertindak ganas dan tidak berperikemanusiaan apabila sanggup memukul dan membelasah adik iparnya sendiri. Tidak cukup daripada itu, lelaki tersebut juga turut menghalau bapa dan ibu mentuanya dari rumah.

Kuala Lumpur: Menantu bersikap seperti hantu. Itulah gambaran terhadap tindakan seorang lelaki yang tergamak menghalau ibu dan bapa mertuanya dari rumah didiami di Setapak.

Malah, lelaki berusia 30-an itu sanggup bertindak ganas membelasah adik iparnya berusia 20-an selepas mangsa enggan keluar dari rumah berkenaan.
gambar hiasan
Sumber polis berkata, suspek bersikap tidak bertimbang rasa selepas berkahwin dengan isterinya yang juga anak sulung dalam keluarga mentuanya.

Menurutnya, suspek mula berubah sikap apabila gemar memarahi kedua-dua mentuanya selepas setahun mendirikan rumah tangga.

“Dia yang pernah membelasah pasangan itu kemudian mengusir ibu dan bapa mentua dari rumah didiami itu awal tahun ini.

“Tindakannya itu seolah-olah disokong isterinya yang membiarkan ibu bapa kandungnya diusir keluar dari rumah milik mereka,” katanya.

Bagaimanapun adik ipar lelaki itu masih tinggal di rumah berkenaan berikutan lokasi ke tempat kerjanya yang terletak berhampiran kediaman itu.
Menurutnya, suspek bagaimanapun mempengaruhi isterinya supaya turut sama berusaha menghalau adiknya itu.

“Selepas beberapa kali memaksa mangsa keluar dari rumah itu, suspek akhirnya membelasah mangsa dengan kerusi hingga berdarah di kepala.

“Mangsa yang cedera itu terpaksa meminta bantuan bapanya yang menyewa rumah di kawasan berdekatan untuk menghantarnya ke hospital.

Kecederaan itu menyebabkan mangsa menerima enam jahitan di kepala,” katanya kepada Harian Metro.

Katanya, susulan kejadian itu, mangsa ditemani bapanya membuat laporan polis di Balai Polis Setapak, untuk tindakan lanjut.

source

Pasangan Baru Bertunang Dituduh Melakukan Rompakan Menggunakan parang

Pasangan lelaki dan perempuan yang baru sahaja bertunang ditangkap dan dituduh melakukan rompakan menggunakan senjata parang di Port Dickson, Negeri Sembilan. Mereka dituduh merompak duit 2 lelaki di Telok Kemang, PD.

Seremban: Sepasang kekasih yang baru bertunang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas tuduhan melakukan rompakan berkumpulan menggunakan parang dan melarikan wang tunai kepunyaan dua lelaki di Telok Kemang, Port Dickson, dekat sini.

Tertuduh, Baderen Zaman Abu, 40, dan tunangnya, Norerwani Yahaya, 30, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu dan pertuduhan pilihan menyimpan barang curi.
gambar hiasan
Mereka yang menetap di Pasir Panjang, Port Dickson, dekat sini, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, mereka bersama-sama melakukan rompakan secara berkumpulan dengan bersenjata parang terhadap Muhamad Rohim Zaid Zainudin, 20, dan Mohamad Khairul Amizan Mohd Kamalruddin, 20, dengan mengambil beg pinggang, wang tunai, dua telefon bimbit, kunci motosikal dan beberapa dokumen peribadi membabitkan kerugian lebih RM1,000.

Kesalahan itu dilakukan di tepi pantai, Batu 9 Telok Kemang, Port Dickson, dekat sini, pada 6 September lalu, jam 3.40 pagi.
Bagi kesalahan itu, pasangan terbabit didakwa mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan pilihan, mereka bersama-sama didakwa menyimpan barang curi yang diketahui dilakukan dengan cara rompakan bersenjata terhadap dua mangsa sama di hadapan sebuah kedai di Jalan Pekan Pasir Panjang, Port Dickson, dekat sini, kira-kira jam 6.30 petang hari sama.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 412 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Syamimi Farhana Muhammad A Aziz tidak menawarkan sebarang jaminan untuk kedua-dua tertuduh itu.

Kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Baderen yang memakai baju lokap ungu merayu agar dibenarkan jamin dengan nilai paling rendah kerana hanya bekerja sebagai buruh manakala Norerwani pula bekerja kilang di Melaka dengan pendapatan RM1,000 sebulan.

Mahkamah membenarkan Baderen diikat jamin RM10,000 dan Norerwani RM6,000 dengan seorang penjamin serta mengarahkan kedua-dua tertuduh itu melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap Isnin minggu kedua.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 8 Oktober ini selain turut memberi syarat tambahan iaitu tidak mengganggu kedua-dua mangsa dalam kes berkenaan.


9/14/14

Padah Menimpa Akibat Kuat Bergayut Dengan Handphone

Seorang remaja berusia 16 tahun di Pulau Pinang yang asyik berbual dengan teman wanitanya sehingga lalai  dan menyebabkan dirinya tergelincir dan jatuh dari balkoni rumah dari tingkat empat.

Georgetown: Tindakan seorang remaja berbual dengan teman wanita menggunakan telefon bimbit sambil duduk di balkoni rumah membawa padah apabila dia tergelincir dan terjatuh daripada tingkat empat kediaman keluarganya di Lengkok Nipah 3, Sungai Dua di sini, semalam.

Akibatnya, mangsa, Chong Yin Xian, 16, patah tulang paha kanan dan tulang tangan kiri. Dia kini masih dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Menurut sumber, ibu mangsa sebelum itu sudah beberapa kali menegur perbuatannya kerana tembok balkoni terbabit agak licin selain risaukan keselamatannya.

“Tidak lama kemudian, ibunya terdengar jeritan mangsa namun tidak sempat berbuat apa-apa.
“Penduduk kemudiannya menghubungi ambulans. Keadaan mangsa stabil dan tiada unsur jenayah dalam kes ini,” katanya.

p/s: Sila gunakan handphone anda dengan cara yang betul dan tidak membahayakan keselamatan diri-sendiri dan orang lain.

9/13/14

Suami Kejam Mendera Isteri, Pukul dan Cucuh Rokok Ke Muka Isteri

Seorang suami bersikap ganas dan kejam terhadap isterinya apabila sanggup memukul isterinya sendiri dan tidak cukup setakat itu, turut mencucuh rokok kepada isterinya!

Kuala Lumpur: Seorang lelaki bersikap tidak perikemanusiaan apabila tergamak mendera dengan memukul selain gemar mencucuh bara puntung rokok ke muka dan tangan isterinya.

Suspek yang berusia 27 tahun itu dikatakan gemar bertindak di luar batasan setiap kali berselisih faham dengan isterinya membabit soal remeh temeh.
gambar hiasan

Dalam kejadian terbaru jam 8 malam kelmarin, suspek dikatakan sekali lagi berselisih faham dengan isterinya yang berusia 23 tahun di rumah didiami di Jalan Pudu di sini.

Sumber polis berkata, pertengkaran itu bertukar ganas apabila mangsa yang dimaki hamun kemudian diserang suaminya.

“Lelaki itu yang seolah-olah hilang kawalan diri bertindak menumbuk muka isterinya berulang kali.


“Suspek kemudian mengambil bekas bedak dan menghentak objek keras itu ke kepala mangsa menyebabkan wanita itu menjerit kesakitan,” katanya.


Dia berkata, mangsa yang merayu dilepaskan bagaimanapun dicucuh dengan bara puntung rokok di mukanya berulang kali.

“Tidak cukup dengan itu, lelaki terbabit tanpa belas kasihan turut mencucuh rokok ke tangan isterinya menyebabkan mangsa menjerit kesakitan.

“Mangsa yang merayu supaya dilepaskan bagaimanapun terus didera dan dipukul berulang kali sehingga pitam,” katanya.

Menurutnya, suspek hanya melepaskan mangsa selepas mendapati mangsa sudah tidak berdaya dan terbaring di lantai rumah.

“Suspek kemudian keluar dari rumah berkenaan sebelum mangsa pergi ke Balai Polis Pudu di sini, untuk mendapatkan bantuan.

“Mangsa yang membuat laporan polis kemudian dihantar ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Nor Azman Muhammad Yusof yang dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Menurutnya, usaha mengesan suspek masih dilakukan pihak polis.


Lelaki Dapat Hadiah Curi Kereta Seorang Jururawat

Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 40 tahun mendapat 'hadiah' daripada orang ramai setelah cuba untuk mencuri sebuah kereta milik seorang jururawat.

Kajang: Seorang pencuri kenderaan amatur ‘dihadiahkan’ penumbuk oleh orang ramai selepas diberkas ketika cuba melarikan kereta milik seorang jururawat.
gambar hiasan
Dalam kejadian jam 6.30 pagi semalam, suspek yang berusia 40 tahun cuba melarikan kereta salah seorang penduduk di Taman Putri, Batu 9 di sini. 

Tindakan suspek bagaimanapun disedari pemilik kenderaan itu berusia 23 tahun yang baru keluar dari pintu rumah untuk ke tempat kerja. 
Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, mangsa dikatakan terkejut apabila mendapati lampu hadapan kereta Toyota miliknya yang diletakkan di hadapan rumah menyala.

Menurutnya, mangsa kemudian mendapati suspek berada di dalam kenderaannya itu.


9/11/14

Seorang Jururawat Dakwa dicabul dan Dirog0l Pemandu Ambulans

Seorang jururawat berusia 31 tahun mendakwa dirinya dicabul dan dir0gol oleh pemandu ambulans di Mersing Johor awal bulan lepas.

MERSING - Seorang jururawat berdepan detik hitam selepas mendakwa dir0gol di dalam ambulans oleh seorang pemandu di belakang asrama hospital di daerah ini, 4 September lalu.

Dalam kejadian yang berlaku awal pagi itu, mangsa berusia 31 tahun mendakwa semasa mengemas barang untuk dibawa turun  dari ambulans, dia yang keletihan terlelap seketika di dalam kenderaan terbabit.

Sebelum itu,  dia dan suspek serta seorang lagi pembantu baharu sahaja sampai dari sebuah hospital di Johor Bahru.

Bagaimanapun, sebaik sahaja sedar, mangsa mendapati ambulans sudah berada di belakang asrama hospital dan pintu kenderaan itu berkunci.

Bimbang keselamatan dirinya, mangsa cuba mencari sesuatu untuk membuka pintu ambulans  terbabit, namun keadaan gelap menyukarkan usahanya.

Tanpa disedari oleh mangsa, pemandu terbabit yang berseorangan didakwa berada di dalam ambulans itu terus memperk0sa dan merog0lnya, walaupun dia bergelut untuk menyelamatkan diri.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superitendan Zulkepli Hashim ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

“Report telah diterima dan kita sedang siasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Lelaki itu telah kita tangkap untuk siasatan lanjut,” katanya di sini semalam.

Difahamkan lelaki berusia dalam lingkungan 30-an itu itu direman selama tujuh hari bermula semalam.

9/10/14

Trauma Dengan Van Putih Setelah Cubaan Culik Anak Depan Mata

Seorang ibu menjadi trauma dan takut setiap kali melihat kenderaan van putih yang lalu di depan matanya berikutan cubaan menculik anaknya oleh lelaki yang memakai van putih Sabtu lepas.

Pasir Gudang: Setiap kali ternampak van putih melintas di depan rumahnya di Taman Cahaya Masai di sini, jantung Rahayah Bul, 42, berdegup kencang dan badannya menggigil berikutan kejadian anak perempuannya yang berusia sembilan tahun cuba diculik seorang lelaki menaiki kenderaan seperti itu, Sabtu lalu.

Rahayah berkata, sehingga kini dia tidak dapat melupakan detik cemas anak tunggalnya, Nur Ainna Haili dicekik dan diacu pisau pada leher oleh penjenayah yang mahu mencuri Perodua Myvi anak saudaranya.

Menurutnya, sejak heboh dengan kejadian van putih menculik kanak-kanak, dia sentiasa berjaga-jaga dan tidak jemu berpesan kepada pengasuh supaya tidak membenarkan anaknya bermain di luar rumah ketika dia bekerja.
Bagaimanapun, dalam kejadian jam 2 petang itu, dia tidak menyangka lelaki memandu van putih bertulis ‘Majlis Perbandaran Pasir Gudang’ (MPPG), cuba menculik anaknya yang dipanggil Ain, di depan matanya.

“Sejak kejadian itu saya jadi macam orang tak betul. Tak boleh nampak van putih, tak boleh nampak orang tak kenal. Saya jadi trauma dan menggigil.

Pelajar Terselamat Daripada Dua Lelaki Yang Cuba Mencabulnya

Seorang pelajar sekolah menengah berjaya melawan dan menggagalkan cubaan dua orang lelaki berusia 18 tahun dan 22 tahun yang cuba untuk mencabulnya di rumah.

Kuala Terengganu: Keberanian pelajar tingkatan satu melawan dua lelaki yang cuba mencabulnya dengan menendang suspek menyelamatkannya daripada menjadi mangsa dalam kejadian di Kampung Geliga, Chukai dekat Kemaman, Jumaat lalu.

Mangsa berusia 13 tahun keluar dari rumah jam 9.45 malam dan memaklumkan kepada ibu mahu ke kedai bersama rakan perempuan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang bermalam di rumah rakan didatangi dua lelaki dikenali.

“Suspek berusia 18 tahun memegang tangan mangsa, manakala seorang lagi berusia 22 tahun cuba membuka seluar mangsa.

“Bimbang dicabul atau dicederakan, mangsa menjerit sekuat hati sambil meronta-ronta melepaskan diri sebelum mulutnya ditutup bagi mengelak perbuatan jahat mereka terbongkar.

“Pada masa sama, seorang lagi suspek memegang kaki mangsa dan ketika itu “Mangsa memberanikan diri menendang perut suspek bagi mempertahankan maruah,” katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di sini, semalam.

Menurutnya, tindakan mangsa berhasil apabila suspek membatalkan niat jahat mereka sebelum segera melarikan diri.

9/9/14

Murid Dihantuk Kepala Ke Dinding Oleh Guru Sebab Bergaduh Dengan Anaknya

Keterlaluan! Tindakan seorang guru  bertindak ganas apabila menghantuk kepala murid tahun enam di Kuala Terengganu. Murid berkenaan sebelum itu bergaduh dengan anak guru terbabit dan ingin meminta maaf kepadanya.

Kuala Terengganu: Sudahlah dipaksa berlutut, kepala pula dihantuk pada dinding beberapa kali. Itu harga terpaksa dibayar murid tahun enam sebuah sekolah rendah, di sini, Ahmad Faiz Iskandar Ahmad Badrul, 12, yang mahu meminta maaf selepas bergaduh dengan anak guru Pendidikan Jasmani Kesihatan (PJK) sekolahnya, kelmarin.

Guru terbabit dikatakan bertindak di luar dugaan apabila sanggup membelasah mangsa di depan guru lelaki lain semata-mata mempertahankan anaknya yang bergaduh dengan mangsa.
gambar hiasan
Bapa mangsa, Ahmad Badrul Mat Taha, 38, berkata, sebelum kejadian pada 1.30 petang itu, anaknya dikatakan berkelahi dengan anak guru berkenaan ketika seminar Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Taman Rekreasi Batu Burok di sini, bertujuan membantu murid menghadapi peperiksaan itu hari ini.

Menurutnya, murid yang bergaduh dengan anaknya kemudian melaporkan kejadian itu kepada bapanya yang memanggil anaknya ke bilik guru.

“Anak saya yang mahu meminta maaf terus ke bilik guru sebelum dipaksa berlutut sebelum rambutnya ditarik dan kepala dihantuk pada dinding di bilik guru lelaki berkenaan.

“Akibat kesakitan, anak saya hanya mampu menangis sekuat hati dan meminta dilepaskan guru lelaki berusia 30-an itu. Guru yang hilang kawalan itu hanya berhenti ‘membelasah’ selepas beberapa guru lelaki lain menghalangnya daripada berterusan membelasah anak saya,” katanya ketika ditemui di Unit Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, kelmarin.

Peniaga kedai makan itu berkata, dia menerima berita kejadian selepas diberitahu isterinya yang terkejut melihat kepala anaknya bengkak ketika menjemputnya pulang dari sekolah.

“Tanpa berlengah, saya terus ke sekolah mendapatkan penjelasan. Guru itu mulanya berdolak-dalik walaupun guru lain sudah melihat kejadian sebenar,” katanya.

Menurutnya, guru besar sekolah yang sudah mengetahui kejadian itu menyerahkan kepadanya sama ada mahu membuat laporan polis atau sebaliknya.

“Pada masa ini, saya hanya menunggu laporan perubatan di HSNZ,” katanya.Saya sudah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu pada jam 8.30 malam untuk mengambil tindakan terhadap guru terbabit “Anak saya seorang daripada 16 murid terbaik sekolah itu dan saya risau kecederaan di kepalanya mungkin menyebabkan fikiran anak saya terganggu ketika menghadapi UPSR nanti.

“Bagi saya, walaupun pergaduhan membabitkan anak guru itu, namun dia (guru berkenaa) tidak boleh bertindak sedemikian, sebaliknya boleh merujuk kes kepada guru disiplin untuk diambil tindakan kepada anak saya, bukannya menghukum sendiri kesalahan murid,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Terengganu Hashim Mohd Zin berkata, pihaknya sudah menerima laporan pihak sekolah dan menjelaskan guru yang terbabit dengan kejadian itu akan dikenakan tindakan tatatertib seperti tertakluk dalam peraturan.

9/7/14

Emma Maembong Mengenai 'Perkahwinannya' Dengan Zizan Tahun Depan

Khabar angin mengenai Emma Maembong dan Zizan Razak merancang untuk berkahwin pada tahun 2015 sudah mula kedengaran sejak dari awal tahun lagi. Betul ke mereka berdua akan berkahwin tahun depan?

Berita pasangan popular, Emma Maembong dan Zizan Razak bakal melangsungkan perkahwinan selewat-lewatnya Januari 2015 bergenderang hebat hingga menjadi bualan ramai.

Bagi pengikut setia pasangan ini pasti gembira, namun semakin ia hangat diperkatakan, ada hati yang nanar. Bukan tidak suka puteri kesayangan bakal disunting orang, namun sebagai bapa, Ismail Embong kecewa apabila ada pihak memandai-mandai menyebarkan cerita, walhal belum ada rombongan hadir membawa khabar gembira. 

Sebagai anak yang sentiasa mendahulukan perasaan bapanya, Emma yang kini tampil manis berhijab berharap perkara ini tidak diperbesarkan lagi. 

Tegasnya, belum ada pertemuan rasmi antara keluarga, menyebabkan dia hairan dari mana datangnya tarikh itu. Siapa yang pandai sebar cerita hingga apa diperkatakan itu mengguris hati insan paling penting dalam hidupnya.

“Berkali-kali saya jelaskan sebelum ini, belum ada perbincangan antara saya dan Zizan ke arah itu (perkahwinan). Kalau betul ada tarikh, pasti saya dan Zizan akan maklumkan. Bukan orang tak tahu kami bercinta, jadi kenapa perlu berahsia.

“Saya mohon hormati perasaan keluarga saya, terutama ayah. Memang ayah ‘sporting’ tetapi kalau perkara sama diperkatakan berkali-kali, pasti dia tak berkenan. 

9/4/14

Kopi Beracun Penyebab Serangan Sakit Jantung Dikenalpasti

Bahana minum kopi beracun! Sebab mengapa serangan sakit jantung secara tiba-tiba menyerang beberapa orang lelaki telah dikenalpasti akibat daripada minum kopi beracun.

Kuala Lumpur: Kejadian serangan sakit jantung mendadak terhadap beberapa mangsa lelaki akhirnya membongkar kegiatan penjualan pelbagai produk kopi beracun yang dikesan mengandungi kimia berbahaya.

Kewujudan pelbagai produk kopi campuran dihasilkan syarikat ‘hantu’ ini dikesan kian berleluasa apabila ia mudah dibeli dengan harga RM5 sebungkus. 

Menyedari bahaya produk kopi campuran ini yang mengandungi kimia analog sibutramine dan taladafil, Cawangan Penguat Kuasa Farmasi (CPF) Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melakukan operasi besar-besaran bagi merampas produk itu di pasaran petang semalam. 

Dalam operasi bermula jam 3 petang itu, sepasukan 90 pegawai CPF diketuai Ketua CPF Kuala Lumpur Asniza Alias menyerbu 23 premis menjual jamu dan ubat-ubatan tradisional di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini.

Ketika operasi dilakukan, pegawai CPF mendapati rata-rata kedai yang diserbu menjual peket kopi jenama Kopi Panggung dan Kopi Jantan kepada orang ramai.

Paket kopi diharamkan itu digantung di hadapan premis dengan kebanyakannya mendakwa dicampur herba Tongkat Ali dan pelbagai herba lain. 

9/3/14

Playboy 29 Tahun Dihukum Penjara Hampir 80 Tahun

Seorang 'Playboy' yang terkenal berdepan dengan hukuman penjara hampir 80 tahun akibat kesalahan seksual terhadap 14 orang wanita dan membuat rakaman video mereka.

Taipei : Seorang kaki perempuan terkenal dari Taiwan dihukum penjara hampir 80 tahun atas tuduhan merogol 14 wanita dan merakam video mereka tanpa pengetahuan mangsanya.

Justin Lee, 29, dituduh di Mahkamah Tinggi Taiwan kerana melakukan serangan seksual terhadap 14 wanita dan merakam video mereka selain rakaman terhadap lima wanita lain tanpa pengetahuan mangsa.

“Lee menafikan dakwaan memberi dadah dan merogol wanita berkenaan. 


“Kami kesal bukti yang menyebelahi Lee tidak diambil kira dan hukumannya lebih berat daripada yang dijangkakan,” kata peguamnya Leo Tzou.

Lee menegaskan aktiviti bersama wanita berkenaan dipersetujui bersama dan pihaknya akan membuat rayuan terhadap hukuman itu, kata Tzou.

Menurut fakta pertuduhan, Lee membawa mangsa yang biasanya mabuk dari kelab malam atau bar ke kediamannya. 

Dia dituduh melakukan serangan seksual dan merakam perbuatan itu menggunakan peranti yang tidak dikenal pasti selain telefon bimbitnya. 

Mahkamah menjatuhkan hukuman 79 tahun tujuh bulan selepas disabitkan kesalahan itu. 

Sebelum ini, Lee dihukum penjara 18 tahun enam bulan oleh mahkamah daerah terhadap sembilan tuduhan serangan seksual. 

Namun, mengikut undang-undang, Lee hanya perlu menjalani hukuman keseluruhan selama 30 tahun. 

Lee juga diarah Mahkamah untuk bayar pampasan sebanyak Tw$27.75 juta (RM2.95 juta) kepada mangsanya. 

Menurut saksi di Mahkamah Tinggi, Lee jelas terkejut dan terbeliak dengan mulut ternganga apabila mendengar keputusan penghakiman itu, lapor akhbar Taipei Times. 

Kes Lee ini menjadi berita hangat di Taiwan pada 2012 apabila media tempatan mendakwa Lee membuat rakaman video seks beberapa model dan pelakon selepas memberi dadah kepada mereka. 

Dia gagal menjawab saman untuk disoal tahun itu tetapi ditahan ketika menyerah diri selepas bersembunyi selama 20 hari. 

Bapa Lee meletakkan jawatan sebagai pengarah di Yuanta Holdings selepas anaknya dituduh pada 2012. - AFP

source

Other News

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...