9/16/14

Menantu Zalim, Membelasah dan Menghalau Adik Ipar, Mentua

Seorang menantu di Kuala Lumpur bertindak ganas dan tidak berperikemanusiaan apabila sanggup memukul dan membelasah adik iparnya sendiri. Tidak cukup daripada itu, lelaki tersebut juga turut menghalau bapa dan ibu mentuanya dari rumah.

Kuala Lumpur: Menantu bersikap seperti hantu. Itulah gambaran terhadap tindakan seorang lelaki yang tergamak menghalau ibu dan bapa mertuanya dari rumah didiami di Setapak.

Malah, lelaki berusia 30-an itu sanggup bertindak ganas membelasah adik iparnya berusia 20-an selepas mangsa enggan keluar dari rumah berkenaan.
gambar hiasan
Sumber polis berkata, suspek bersikap tidak bertimbang rasa selepas berkahwin dengan isterinya yang juga anak sulung dalam keluarga mentuanya.

Menurutnya, suspek mula berubah sikap apabila gemar memarahi kedua-dua mentuanya selepas setahun mendirikan rumah tangga.

“Dia yang pernah membelasah pasangan itu kemudian mengusir ibu dan bapa mentua dari rumah didiami itu awal tahun ini.

“Tindakannya itu seolah-olah disokong isterinya yang membiarkan ibu bapa kandungnya diusir keluar dari rumah milik mereka,” katanya.

Bagaimanapun adik ipar lelaki itu masih tinggal di rumah berkenaan berikutan lokasi ke tempat kerjanya yang terletak berhampiran kediaman itu.
Menurutnya, suspek bagaimanapun mempengaruhi isterinya supaya turut sama berusaha menghalau adiknya itu.

“Selepas beberapa kali memaksa mangsa keluar dari rumah itu, suspek akhirnya membelasah mangsa dengan kerusi hingga berdarah di kepala.

“Mangsa yang cedera itu terpaksa meminta bantuan bapanya yang menyewa rumah di kawasan berdekatan untuk menghantarnya ke hospital.

Kecederaan itu menyebabkan mangsa menerima enam jahitan di kepala,” katanya kepada Harian Metro.

Katanya, susulan kejadian itu, mangsa ditemani bapanya membuat laporan polis di Balai Polis Setapak, untuk tindakan lanjut.

source

No comments:

Other News

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...