11/3/14

Lelaki Didakwa Mer0gol Anak Perempuan Rakan Sehingga Hamil

Seorang lelaki berusia 50-an ditahan apabila didakwa mer0g0l anak perempuan rakannya sendiri yang berusia 16 tahun sehingga menyebankannya mengandung 7 bulan.

Georgetown: Seorang bapa tampil membuat laporan polis semalam (Ahad) selepas mendakwa anak perempuanya berusia 16 tahun dir0gol kenalan rapatnya sendiri yang berusia 53 tahun hingga menyebabkan remaja itu kini hamil tujuh bulan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, kejadian itu disedari bapa gadis itu sejak 29 September lalu selepas mendapati gelagat anaknya mencurigakan.

"Namun remaja itu cuba menyembunyikan kandungannya, bagaimanapun bapanya yang masih curiga mendapatkan bantuan jiran untuk menghantar anaknya ke hospital sebelum disahkan hamil.

"Remaja itu juga enggan mendedahkan identiti lelaki bertanggungjawab terhadap kandungannya itu menyebabkan bapanya tampil membuat laporan polis," katanya.

Hasil soal siasat remaja itu mengaku melakukan hubungan seks dengan kenalan bapanya di sebuah hotel di kawasan Timur Laut.

Suspek ditahan dirumahnya di Sungai Pinang pada hari sama laporan dibuat bapa mangsa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan Kerana merogol.

Lelaki itu juga ditahan reman hingga Sabtu depan.

No comments:

Other News

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...