8/6/15

Kronologi Kes Budak 11 Tahun Melahirkan Anak


Anda pasti sudah mendengar akan berita budak perempuan berusia 11 tahun melahirkan anak yang menjadi viral sejak semalam. Ya, memang kes begini sangat mengejutkan dan rata-rata masyarakat masih sukar untuk percaya bagaimana budak yang baru berusia 11 tahun boleh melahirkan anak pada usia yang sangat muda. Walaubagaimanapun, kita seeolknya jangan menuding jari kepada sesiapa kerana kes ini masih lagi dalam siasatan.


Kronologi Kes Budak 11 Tahun Beranak Di Negeri Sembilan

  • Seorang murid perempuan berusia 11 tahun tidak pergi ke sekolah di Bahau sejak beberapa hari lalu. Murid tahun lima itu juga kerap ‘diserang’ sakit perut secara tiba-tiba.
  • Mangsa yang mengadu sakit perut dikejarkan ke sebuah klinik Swasta di Bahau
  • Doktor pula mengesahkan bahawa sakit perut disebabkan oleh mangsa yang sedang Hamil. Lebih memeranjatkan lagi apabila kandungannya sudah cukup bulan.




  • Air ketuban pecah dan mangsa tidak sempat dikejarkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah Kuala Pilah.
  • Mangsa selamat melahirkan bayi lelaki normal secara songsang dengan berat lebih sekilogram di klinik swasta berkenaan pada pukul 10.15 pagi 5 Ogos 2015.
  • Mangsa bersama bayinya kemudian dihantar ke Hospital Jempol tetapi dipindahkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah untuk rawatan lanjut.
  • Keluarga mangsa difahamkan tidak mengetahui anak mereka sedang mengandung
  • Laporan polis dibuat dan kes disiasat dibawah seksyen 376 kanun keseksaan kerana merogol.
  • Polis juga sedang memburu suspek dipercayai teman lelaki mangsa yang menyebabkan kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun itu mengandung.



No comments:

Other News

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...