8/10/15

Siapa Mr. Steak, Model Yang Bersama Neelofa?

Siapakah jejaka "Mr. Steak" yang bersama-sama Neelofa ini?

KUALA LUMPUR : Selebriti Neelofa mencetuskan tanda tanya ramai pihak apabila memuat naik beberapa keping gambar bersama seorang jejaka Inggeris bernama Craig Smith. Bagaimanapun, pemilik nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor ini enggan mendedahkan wajah penuh jejaka Inggeris itu. Beliau memilih untuk memuat naik gambar dengan eterangan gambar yang memberi nama timangan Mr Steak kepada jejaka Inggeris itu. 

Menerusi pemerhatian yang dibuat oleh BH Online, pengacara program hiburan Meletop itu baru mengenali jejaka itu atas dasar kerja. Beliau juga dilihat sempat meluangkan masa bersama jejaka itu ketika bercuti di London, baru-baru ini.

Terdahulu, banyak pihak mempunyai spekulasi sendiri apabila Neelofa memuat naik foto mesra bersama seorang model bernama Malek Marcus McCorne. Ada yang mengandaikan Neelofa dan jejaka kacukan Melayu-Kanada itu sedang mengenali hati budi masing-masing. Malah, ada peminat yang turut memetik nama Malek sebagai empunya badan jejaka yang dimuat naik oleh Neelofa itu. 


Namun, pelakon filem Pilot Cafe itu enggan mengiyakan mahu pun menafikan tanggapan peminatnya di akaun Instagram miliknya itu. Gadis kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang itu menggunakan hashtag #kawanbiasa bagi mengelakkan dirinya dibelenggu kontroversi.

No comments:

Other News

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...