10/30/14

Perempuan Dib0gelkan Peniaga Kedai Akibat Mencuri

Akibat mencuri pakaian di sebuah kedai, peniaga yang menjadi sasaran pencuri wanita tersebut bertindak memb*gelkan pencuri berkenaan.

Zhejiang: Seorang wanita hampir ditelanjangkan di khalayak ramai selepas baju dan colinya ditanggalkan oleh seorang peniaga yang menangkapnya mencuri.

Peniaga berkenaan dirakam bertindak demikian oleh orang ramai di bandar Wenzhou di wilayah Zhejiang, timur China, semalam, selepas dia menangkap wanita berkenaan, Yu Chung, 28, mencuri pakaian di kedainya.

Pemilik kedai Mei Hsueh, 39, yang berang dengan perbuatan Yu, memberitahu polis, dia menanggalkan baju dan coli Yu kerana mahu mengajar dan menghalang dia melarikan diri.

“Pencuri ini cuba mencuri pakaian saya. Kerana itu saya mengambil pakaiannya pula supaya dia akan berfikir dua kali sebelum mengulangi perbuatan itu.

“Saya juga mahu menjadikan kejadian ini pengajaran kepada semua pencuri lain,” kata Mei.
Pemilik kedai itu mulanya menarik pakaian Yu sebelum menanggalkan colinya dan mencampakkannya ke jalan raya.

Satu gambar dirakam menunjukkan wanita muda itu jatuh ke lantai sambil memaut kaki peniaga itu dan merayu colinya dikembalikan supaya dia boleh menutup dirinya daripada orang ramai.

Jurucakap polis Chi Tuan berkata, Yu ditahan dan akan didakwa dengan tuduhan mencuri sementara tiada tindakan diambil terhadap Mei. - Agensi

Kekasih Pelakon Popular Stress Dikatakan Perampas Kekasih Orang

Menjadi kekasih kepada seorang artis mungkin tidak semudah yang disangkakan seperti yang terjadi kepada kekasih pelakon popular Shah Jazle.

Kuala Lumpur: “Saya sangat tertekan dituduh perampas (tunangan orang) sedangkan orang (luar) tak tahu cerita sebenar,” jelas kekasih baru pelakon Shahz Jaszle, dikenali sebagai Hanis Husna yang dikecam hebat segelintir pihak kerana menjadi punca pertunangan aktor itu dengan seorang doktor berakhir.

Kontroversi terbaru itu timbul apabila Shahz atau nama sebenarnya Mohd Shahrizal Jaszle Jasmin, 26, memuat naik gambar mesranya dengan Hanis, sekali gus mengesahkan hubungan baru itu di Instagram kelmarin.

Bagaimanapun, pengumuman itu menimbulkan pelbagai reaksi kerana Shahz masih bertunang dengan doktor dikenali sebagai Redzwani Puteri, 26.

Hanis yang dihubungi semalam berkata, tohmahan segelintir pihak terhadapnya tanpa mengetahui status sebenar pertunangan aktor itu adalah tidak adil dan mengecewakan dirinya.

“Saya amat sedih apabila kes ini jadi besar dan orang menghentam saya macam-macam tanpa tahu apa yang berlaku antara Shahz dan tunangnya.

“Memang saya kekasih Shahz tapi selepas dia tiada apa-apa lagi hubungan dengan tunangnya.

10/24/14

Gadis Selfie Dengan Jenazah Bapa Dikecam

Gejala berselfie nampaknya semakin parah dan ramai yang tidak berselfie pada masa dan tempat yang tidak sesuai dengan keadaan selain daripada merbahayakan nyawa. Lihat entri Tragedi Selfie Yang Mengorbankan Nyawa.

TINDAKAN seorang gadis yang sempat ‘berselfie’ disamping jenazah ayahnya, mengundang kritikan pengguna media sosial.

Tindakannya itu menimbulkan perasaan kurang senang  dikalangan pengguna laman sosial yang ‘terlihat’ gambar itu yang dimuatnaik di laman sosial Instagram.
Menurut seorang pengguna Abdul Hafiz, dia mengatakan bahawa gambar selfie itu kurang ‘enak’ dilihat kerana tidak bersesuaian dengan masa dan keadaan.

“Hmmm, janganlah bertindak sebegitu,” tulisnya.

Dalam masa yang sama si gadis ini turut menyiarkan gambar ibunya yang sedang bertafakur di tanah perkuburan dengan kapsyen  gambar dia berjanji akan menjaga ibunya selepas kehilangan ayahnya itu.

“Mama you still have us. I Promise gonna take care of you...insya-ALLAH #nyawaku,” tulisnya.

Gadis Menyesal Dan Insaf Selepas Dirog0l dan Hamil Akibat Kesilapan Sendiri

Kisah seorang gadis yang berkongsi kisah hidupnya yang telah mengandung dan melahirkan anak selepas dir0gol oleh seorang lelaki yang tidak dikenalinya akibat kesilapan sendiri.

SABAK BERNAM - “Bayangkan saya hamil sewaktu saya tingkatan tiga, macam mana saya nak rahsiakannya daripada ibu bapa sedangkan perut makin membesar,” kata Suriyani (bukan nama sebenar), 21.

Suriyani yang kini menuntut di sebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) berkata, peristiwa lima tahun lalu itu masih segar di ingatan setelah disahkan hamil selepas dirogol seorang lelaki tidak dikenali di sebuah jirat Cina.

Menurutnya, kejadian itu menjadi titik hitam dalam hidupnya selepas dia bersama rakan-rakannya berhibur sambil meneguk minuman keras sebelum dia dipelawa seorang lelaki menaiki sebuah kereta.

“Saya tak sedar apa yang berlaku waktu tu kerana mabuk, sebaik sedar saya dah berada di kubur Cina. Ketika itu rasa dunia ini kelam selepas dirogol dan dibiarkan di kubur,” katanya kepada Sinar Harian.

Suriyani memberitahu, sebulan selepas kejadian itu, dia mula merasakan perubahan pada dirinya akibat sering kali ke tandas kerana mengalami muntah yang teruk terutama ketika sedang belajar di dalam kelas.

“Saya merahsiakan kehamilan ini hingga kandungan berusia sembilan bulan sebelum seorang guru kaunseling menegur saya dan meminta saya berdiri sambil menyuruh saya memegang perut.

“Saya hanya menangis dan memberitahu saya mengandung sembilan bulan sebelum dia membawa saya berjumpa dengan pengetua yang baru dua hari melapor diri di sekolah berkenaan,” katanya.

Menurut anak bongsu dari tujuh beradik itu, ibu bapanya hanya mengetahui dia hamil setelah dia dimasukkan ke sebuah hospital kerajaan pada 13 Mac 2010 dan selamat melahirkan seorang bayi lelaki dua hari selepas itu.

“Memang ibu bapa saya amat kecewa selepas mengetahui saya lahirkan anak luar nikah, tapi apa boleh buat, nasi dah jadi bubur, cuma mereka tak putus-putus beri perangsang kepada saya untuk teruskan hidup,” katanya.

Bagaimanapun, sikapnya yang suka berfoya-foya dengan rakan-rakan masih diteruskan selepas habis berpantang hinggalah dia terpaksa mengambil keputusan untuk berhenti sekolah dan pindah ke sebuah sekolah baharu.

“Saya mula pergi kelab malam dan minum arak sejak tingkatan satu lagi. Semuanya kerana pengaruh rakan-rakan. Saya rasa segala tekanan hilang setiap kali berjumpa dengan rakan-rakan,” katanya.

Menurutnya, dia hanya bersekolah selama dua minggu di sekolah baharu sebelum dia dibawa ibu bapanya menjalani rawatan pemulihan di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan Sabak Bernam.
“Pada mulanya memang saya tak nak datang ke sini kerana tak bebas, tapi selepas tinggal beberapa minggu, saya rasa seronok dan jiwa semakin tenang selain tekad untuk berubah,” katanya.

Selepas keluar dari pusat perlindungan wanita itu, Suriyani kemudiannya belajar di sebuah sekolah aliran agama swasta dan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) setahun lewat daripada rakan-rakan seusianya.

“Saya insaf dan bergaul dengan rakan-rakan yang baik di sekolah agama dan kemudiannya menyambung pengajian di sebuah IPT di Melaka dan berhenti sebelum menyambung pengajian peringkat asasi dan ijazah di kolej sekarang,” katanya.

Bagaimanapun, dia bersyukur kerana keluarganya dapat menerima dirinya, malah anak yang dilahirkannya itu yang kini berusia lima tahun dijaga baik kakak sulungnya.

“Saya berharap walaupun anak saya bukan anak sah taraf,  dia boleh jadi pemimpin yang baik suatu hari nanti.

“Saya sebenarnya malu dengan diri sendiri bagaimana nak bagi tahu dia adalah anak saya, sedangkan dia menganggap saya makciknya, saya harap dia dapat memaafkan kesalahan yang saya lakukan,” katanya.

source

10/14/14

Pasangan Pelajar IPT Buat Maksiat Selepas Sebulan Berkenalan

Dua pelajar IPT yang juga merupakan pasangan kekasih, masing-masing berusia 23 tahun telah ditangkap oleh pihak berkuasa apabila bermalam di sebuah hotel. 

ALOR SETAR - Kerana cinta, seorang gadis sanggup menggadaikan maruah untuk bersama teman lelaki yang baharu dikenalinya sebulan lalu dengan bermalam di sebuah hotel, dekat sini.

Namun, pasangan kekasih berusia 23 tahun yang kedua-duanya pelajar semester tiga di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Bukit Kayu Hitam dicekup dalam
Operasi Bersepadu Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Kedah, kelmarin.

Difahamkan, beberapa anggota ops bersepadu terpaksa menunggu lebih kurang 10 minit sebelum pasangan berkenaan membuka pintu bilik hotel tersebut.

Penolong Pengarah Penguatkuasa Undang-Undang, Syeikh Mohd Roshidi Mahmud berkata, ketika disoal, lelaki berasal dari Pendang, manakala gadis berasal dari Johor itu memaklumkan mereka berdua makan angin di Pantai Merdeka bersempena cuti hujung minggu.

Bagaimanapun, mereka mengambil keputusan menyewa bilik hotel terbabit selepas mendakwa  tidak sempat pulang ke kolej kediaman.

Katanya, kadar sewa hotel serendah RM15 sejam ditawarkan beberapa hotel mengakibatkan golongan pelajar mengambil kesempatan.

“Harga mengikut kadar jam rendah. Jadi, mana-mana pelajar mampu akan membayar sewa demi melampiaskan nafsu bersama pasangan,” katanya.

Menurutnya, golongan pelajar sepatutnya menumpukan pada pelajaran, sekali gus mengetepikan keinginan cinta mereka demi mengelakkan terjerumus ke kancah
maksiat.

"Pihak kami mendapati ada kediaman dijadikan tempat persinggahan pasangan kekasih demi mengaburi mata pihak berkuasa.

"Operasi berterusan dilaksanakan dilihat mengurangkan aktiviti maksiat, namun pihak kami akan terus mengadakan pemantauan demi mengekang aktiviti tak bermoral," katanya.

Terdahulu, kira-kira 40 kakitangan kedua-dua jabatan memeriksa beberapa hotel murah di sekitar bandaraya Alor Setar dalam operasi bermula jam 12 tengah malam hingga 3.30 berkenaan.


10/13/14

Apabila Suami Sendiri Bermain Cinta Dengan Perempuan Lain Berstatus Janda

Kisah seorang isteri yang mempunyai seorang suami yang bermain cinta dengan perempuan lain berstatus janda.

SAYA mohon identiti saya dirahsiakan umum kerana saya tidak mahu mengaibkan sesiapa dalam masalah rumah tangga saya ini. Perkongsian ini sekadar untuk meleraikan segala kekusutan di hati yang kian sarat seakan tidak tertanggung lagi.

Saya dan suami telah berkahwin selama dua tahun dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang comel dan sempurna sifatnya.

Kami berdua terpaksa hidup berjauhan dan tinggal berasingan kerana tuntutan kerja sejak berkahwin. Saya bekerja sebagai kakitangan kerajaan manakala suami bekerja sendiri dengan menguruskan perniagaannya.
sekadar gambar hiasan
Pada awal perkahwinan suami tidak pernah berungut untuk tiap-tiap minggu balik berjumpa dengan saya. Selepas empat bulan bernikah saya disahkan hamil, lalu bermulalah episod hitam dalam hidup saya.

Sepanjang mengandung dan menjaga diri sendiri di fikiran saya suami di sana mencari rezeki untuk kebahagiaan saya dan anak yang bakal lahir nanti. Itu hanyalah kata-kata manis untuk saya memujuk diri dan hati yang derita.

Suami berubah sikap dari seorang yang mengambil berat dan selalu menghubungi menerusi panggilan telefon atau mesej, kini semakin sepi.

Sejak kebelakangan itu dia lupa akan kehadiran saya dalam hidupnya, hinggakan pada suatu hari saya menghantar sms pun dia tidak balas. Kadang-kadang jam 3 pagi saya bangun dari tidur saya akan belek telefon bimbit melihat kalau-kalau ada mesej dan panggilan daripada suami. 

ALLAH itu maha adil dan pada suatu hari suami tertinggal telefon bimbit di rumah dan pada masa yang sama ada sms daripada seseorang. Tanpa berfikir panjang saya membaca sms tersebut. Hancur luluh hati saya membaca SMS berbunyi “SEHARIAN U TAK CALL, SMS I, MCM I NI TAK WUJUD DLM HIDUP U”.

Pada malam tersebut saya menangis. Perempuan mengandung sangat sensitif dan perlukan kasih sayang seorang suami. Selepas peristiwa tersebut suami terus membuat kata kunci telefon bimbit dengan alasan tidak mahu saya tahu apa-apa mengenai dia. Saya benar-benar kecewa.

Sewaktu kandungan saya sembilan bulan, saya didatangi perempuan tersebut yang mengakui telah menjalin hubungan dengan suami malah hubungan mereka sudah lebih dari suami isteri.

Menggeletar tubuh yang sarat mengandung ini. Suami saya juga telah pun mengaku dengan alasan kami berjauhan.

Kenapa dia tak beritahu dari awal? Bukankah hubungan kami boleh diselamatkan tanpa perlu dia berlaku curang?

Pada saya, ini hanya alasan suami  membenarkan kesalahan yang dia buat. Saya amat kecewa dengan perbuatannya. Saya bersalin seorang diri di hospital. Saya sedih dengan pengorbanan yang tidak dihargai.

Saya tidak minta pengorbanan saya dibayar cukuplah sekadar menghargai. Sering kali saya meminta penceraian daripada suami tetapi bila memandangkan wajah anak kecil, saya jadi kasihan kepadanya yang membesar tanpa seorang bapa. Suami saya pernah berkata tidak akan menceraikan saya selagi saya tidak serahkan anak kepadanya.

Suami sekarang sedang teruskan hubungan dengan janda tersebut manakala saya terlontar sepi seorang diri menjadi ibu dan ayah kepada anak tunggal kami. Saya telah ke pejabat agama mendapatkan nasihat dengan membawa segala bukti-bukti. Alhamdulillah hati sedikit tenang.

Malah saya juga bercadang untuk berpindah tempat kerja agar dapat duduk sebumbung dengan suami.

Tetapi, soalannya adakah suami akan berubah hati? Dan kembali kepada saya dan anak?

Bagaimana saya mahu menambat hatinya semula sedang hati saya sakit? Saya masih sayangkan suami dan rumah tangga ini dan selalu berdoa suami kembali ke pangkal jalan. - Su, Johor.

Apa Kata Pakar oleh Dr HM Tuah Iskandar al-Haj, Motivator

Cari kekuatan diri, tawan suami

Memang benar, apabila berjauhan kebanyakan suami akan ‘terlupa’, apatah lagi jika ia digoda. Dalam kes ini, meskipun suami anda bersalah, janda yang menggoda suami anda itu lebih bersalah. Perbuatan dia menyerahkan diri telah menyebabkan suami anda lebih terlena.

Mungkin juga dia tidak tahu lelaki yang dikenalinya pada masa itu adalah suami orang dan bakal bergelar ayah. Membina sebab ‘luar kotak’ membantu anda positifkan minda, memanglah hati sakit tetapi kita kena cari sebanyak-banyak sebab untuk memujuk hati kita sendiri bukan?

Saat begini siapalah yang akan kisahkan diri kita?

Kalau kita bercerita pada orang pun belum tentu orang itu bersimpati kepada kita, apalagi hendak memberikan pertolongan.

Memujuk hati sendiri dengan mempositifkan minda ini sangat baik untuk kesan kesihatan yang berpanjangan, sebab apabila mental sakit, ia mengakibatkan spiritual turut sakit, akhirnya melarat kepada fizikal turut mendapat kesannya.

Silalah berpindah tempat kerja supaya keadaan dapat dipulihkan sebelum melarat menjadi lebih kronik.

Andainya suami mampu sememangnya anda tidak perlu bekerja pun. Bukankah tugas mencari rezeki adalah kewajipan suami? Islam tidak melarang wanita bekerja tetapi andainya disebabkan bekerja itulah timbul macam-macam masalah, ia bukanlah bijak lagi.

Jika anda tanya bolehkah suami berubah hati, tiada siapa yang dapat menjawabnya secara tepat kecuali diri suami itu sendiri serta ALLAH yang Maha Mengetahui, namun sebagai insan yang mahukan yang terbaik dalam hidup, ia adalah salah satu usaha yang paling utama untuk diberikan perhatian.

Mengikut pengalaman saya menangani kes-kes seperti ini, seseorang suami yang sudah terkalih itu boleh ditawan semula melalui;

-Kembali hidup sebumbung. Maklumlah orang yang sudah terkalih tentulah yang dekat lebih diingatinya berbanding yang jauh walaupun yang jauh itu nyata lebih baik dan lebih cantik. Ini bermakna keputusan anda mengasingkan diri hidup berdua bersama anak adalah silap kerana tanggungjawab membesarkan anak bukan sepenuhnya tertanggung ke atas bahu anda sahaja, suami anda turut bertanggungjawab.

-Bertekadlah memberikan layanan A1.  Mengapa agaknya dia terpikat kepada janda berkenaan, tentunya sebab janda itu dilihatnya lebih menarik. Seorang janda tentu sudah hilang seri pada wajah dan bentuk badan, tetapi kelakuan yang manja-manja juga adalah antara sebab-sebabnya mengapa seseorang itu tunduk. Bagaimana anda hendak bermanja-manja jika berjauhan?

- Memang boleh menghantar SMS atau Whatapps suara, tapi tentu tidak sama dengan berdepan sahaja.

-Hubungan seksual yang luar biasa mestilah dipersembahkan dalam setiap proses-proses ‘keintiman’. Seorang suami bukan hanya terpikat oleh apa yang sedia ada pada isterinya, juga bakat-bakat terpendam yang boleh menyebabkannya tersenyum dan riang serta sering teringat-ingat. Saya harap anda faham apa yang saya maksudkan.

-Anak adalah pengikat kasih, jika tinggal satu rumah keletah anak akan membuatkan hati terhibur lantas kasih sayang suami isteri dapat diterapkan.

Terbakar 80% Badan Akibat Masuk Ke Bilik Pencawang

Lelaki telah terbakar teruk sehingga 80% daripada badannya akibat daripada tindakannya masuk ke bilik pencawang TNB di Melaka.

BANDARAYA MELAKA - Seorang lelaki terbakar hampir 80 peratus anggota badannya selepas dia didakwa memasuki bilik pencawang Tenaga Nasional Bhd (TNB) di sini hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka, Penguasa Kanan Bomba Mohd Hafidzatullah Rashid berkata, kejadian berkenaan berlaku kira-kira jam 1.15 petang di bilik pencawang di bangunan Lee Rubber di Jalan Tun Perak, Bachang di sini.

Menurutnya, semasa anggota bomba dan Unit Anggota Penyelamat dan Paramedik (EMRS) tiba di lokasi kejadian, kebakaran pada tubuh mangsa sudah dipadamkan.

"Mangsa yang terbakar 80 peratus pada bahagian badan kemudiannya telah dihantar ke Hospital Melaka oleh unit EMRS untuk rawatan," katanya.

Sementara itu, pihak TNB telah mengeluarkan kenyataan mengesahkan kejadian tersebut dan menganggarkan kerugian RM200,000 kerana terpaksa menukar alat suis dan peralatan yang rosak.

source

10/12/14

Guru Dibuli Dan Diugut Oleh Pelajar

Biasanya kita dengar pelajar atau murid dibuli tetapi sekarang ini, pelajar juga sudah berani membuli golongan cikgu.

BANDARAYA MELAKA - Kerajaan negeri memandang serius kejadian guru sekolah di negeri ini yang didakwa dibuli pelajar mereka.

Setakat ini, dua kejadian berlaku membabitkan guru yang dibuli selepas mengambil tindakan disiplin terhadap pelajar berkenaan.

Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains Dan Teknologi, Teknologi Hijau Dan Inovasi negeri, Datuk Md Yunos Husin berkata, situasi terbabit amat membimbangkan dan mungkin banyak lagi kes serupa tetapi tidak dilaporkan.

Beliau berkata, dua laporan polis dibuat di Melaka Tengah dan Durian Tunggal, minggu lalu.

"Dalam kes pertama, seorang guru wanita berusia 26 tahun mendakwa diejek dengan pelbagai perkataan yang menghina di sebuah kedai alat tulis di Bukit Piatu selepas mengambil tindakan terhadap murid berkenaan kerana membuat bising di dalam kelas.
"Dalam satu lagi kejadian, seorang guru lelaki berusia 43 tahun dari sebuah sekolah vernakular di Durian Tunggal didakwa diugut abang seorang murid selepas dia mengambil tindakan disiplin terhadap murid berkenaan," katanya di sini, semalam.

Yunos berkata, beliau difahamkan guru wanita berkenaan bertindak membuat laporan polis untuk melindungi dirinya dan bukannya untuk merujuk isu berkenaan kepada pihak Jabatan Pendidikan.

“Bagaimanapun, kita  berpendapat Jabatan Pendidikan perlu dilibatkan dalam hal ini kerana ia satu kejadian yang serius,” katanya.

Sementara itu, menurut Yunos, isu berkenaan akan dibincangkan ke Mesyuarat Exco dalam usaha mencari jalan penyelesaian.

“Dalam hal ini, satu jalan penyelesaian yang konkrit perlu dicari bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah ini tetapi untuk memastikan ia tidak terus merebak,” katanya.

source

10/11/14

Perompak Pemegang Ijazah Sarjana Merompak Dan Mencuri Ditangkap

Seorang lelaki yang mempunyai ijazah sarjana muda dalam merompak dan mencuri, seperti yang tertulis dalam ruang pekerjaan dan pelajarannya telah ditangkap.

Kent: Seorang pencuri yang bercakap besar dengan mendakwa mempunyai ijazah sarjana dalam merompak, memecah rumah dan mencuri, dipenjara, semalam.

Ashley De Luca, 27, mengaku mencuri arak, manisan dan makan dari pasar raya di seluruh bandar Faversham di Kent sejak Mac lalu. 

Dia juga memakai pakaian seragam polis pada 13 Mac lalu untuk mencuri dari sebuah garaj tetapi melarikan diri selepas gagal melakukannya. 

De Luca mengaku bersalah terhadap tujuh tuduhan mencuri, merompak dan dua tuduhan gagal menyerah diri serta memakai pakaian seragam polis dengan niat untuk menipu di Majkamah Majistret Mid Kent bulan lalu.

De Luca dipenjara 119 hari dan diarah membayar denda sebanyak £150 (RM785).

Dalam laman Facebooknya, De Luca bercakap besar mengenai gaya hidupnya sebagai penjenayah. 

Dalam ruang pekerjaan dan pelajaran, dia menulis: ‘Ijazah sarjana dalam merompak dan mencuri.’

Cinta Laman Sosial, Ibu Berusia 30 Tahun Tinggalkan Suami dan 3 Anak

Cinta internet telah menyebabkan seorang wanita berusia 30 tahun sanggup meninggalkan suami dan 3 orang anaknya.

SEREMBAN - Akibat jatuh cinta dengan lelaki lain yang dikenali menerusi internet, seorang wanita sanggup meninggalkan suami dan tiga anak berusia 2 hingga 6 tahun.

Wanita berusia 30 tahun itu bukan saja hilang tanpa berita sejak setahun lalu, malah tidak pernah ambil tahu keadaan suaminya, Sheikh Mahathir Hassan, 33, yang dikahwini sejak 11 tahun lalu.

Sheikh Mahathir tetap berusaha mencari walaupun harapan untuk berjumpa tipis, bagi memastikan anak mereka, Saifuldin Hakimie, 6, Saifuldin Nazamie, 4, dan Saifuldin Azimanamani, 2, mendapat kasih sayang ibu sendiri.

Sheikh Mahathir yang berasal dari Melaka berkata, hidup mereka sekeluarga berubah selepas dia mendapati isterinya sering bercakap di telefon dan melayari internet.

“Saya pernah bertanya kepadanya tetapi dia menafikan. Sehinggalah saya menemui dua kad sim telefon bimbit yang rupa-rupanya digunakan untuk berhubung dengan kekasih gelapnya itu,” katanya.

Menurutnya, paling menyedihkan apabila isterinya terus menghilangkan diri selepas memberi alasan mahu menjenguk bapanya di rumah.

Sheikh Mahathir berkata, kehidupannya kini tidak lagi terurus sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai mekanik kerana perlu menjaga tiga anaknya itu.

“Saya pernah beberapa bulan tinggal dalam kereta bersama anak-anak kerana tidak lagi mampu membayar sewa rumah,” katanya.

Sejak berpindah di rumah baru, dia juga tidak pernah membayar sewa kerana tidak mampu, bagaimanapun tuan rumah memahami masalah dihadapinya.

Bagi meneruskan hidup, Sheikh Mahathir berkata, dia mengambil upah mengambil buah kelapa dan sesekali bekerja kampung untuk menyara diri dan anak-anaknya.

“Kalau boleh saya mahu bekerja tetap tetapi saya buntu memikirkan siapa yang akan menjaga anak-anak saya. Mahu mencari orang, saya sendiri tidak mampu.

“Macam sekarang pun kalau saya pergi kerja, saya bawa mereka sebab risau jika tinggal sendirian di rumah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman NZ, Jalan Senawang -  Paroi, di sini semalam.

Tragedi Kematian Selepas Selfie

Trend berSELFIE telah berleluasa di seluruh dunia dan menjadi ikutan ramai. SELFIE bermaksud mengambil gambar sendiri sama ada menggunakan henpon atau kamera. Walaubagaimanapun, Selfie bukan satu kesalahan, beberapa kematian telah dicatatkan akibat daripada kecuaian ketika Selfie.

KEGILAAN ‘selfie’ kini menjadi satu trend global yang bukan hanya melanda golongan muda, malah pelbagai golongan di dunia ini.

Tidak kira di mana jua, siang atau malam, pasti ada yang menggunakan kesempatan yang ada untuk berselfie demi mengabadikan kenangan terindah.

Namun, siapa sangka, bagi sesetengah individu, foto ‘selfie’ yang diambil mungkin menjadi gambar terakhir buat rakan dan keluarga mereka.

Dipetik dari sebuah blog, Sinar Harian Online hari ini menghimpunkan beberapa koleksi ‘selfie’ yang berakhir dengan tragedi memilukan.

Pada 3 Ogos lalu, mangsa dari Mexico, Oscar Otero Aguilar yang berusia 21, didapati mati akibat tertembak dirinya sendiri dengan menggunakan sepucuk pistol.

Menurut laporan pihak berkuasa, Aguilar didapati berada di dalam keadaan mabuk ketika cuba berselfie dengan sepucuk pistol sebagai pelengkap gayanya. Tengok Detail Di Sini

Mangsa kedua pula merupakan seorang lelaki berusia 21 tahun dari Sepanyol yang dikatakan cuba untuk berselfie di atas landasan kereta api.

Namun padah diterima apabila dia dikatakan terkena renjatan elektrik ketika berada di atas landasan tersebut.
Mangsa ketiga pula adalah antara mangsa nahas pesawat MAS, MH17 yang ditembak jatuh berhampiran sempadan Rusia.

Gary Slok dan ibunya sempat bergambar bersama-sama sebelum berlepas dari lapangan terbang di Ukraine menuju ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA).

Menurut laporan berita, kedua anak-beranak itu dalam perjalanan ke Malaysia untuk menikmati percutian musim panas mereka sebelum menjadi mangsa tragis akibat nahas terbabit.

Sementara itu, Xenia Ignatyeva, 17, merupakan mangsa keempat ‘selfie’ yang membawa maut.

Memetik laporan portal, remaja Rusia ini dilaporkan hilang keseimbangan sewaktu cubaannya untuk berselfie di atas sebuah jambatan.

Ignatyeva meninggal dunia akibat renjatan elektrik melalui kabel yang cuba dipautnya sewaktu terjatuh.

Tragedi tersebut berlaku pada April lalu di Saint Peterburg, Rusia.

Selain itu, pada Disember 2012, bintang pop Mexico, Jenni Rivera dikatakan mengambil gambarnya bersama krew dan rakannya sebelum mereka berlepas ke Bandar Mexico dengan menggunakan jet peribadi.

Sejurus selepas itu, jet tersebut dikatakan terhempas di pergunungan Monterrey di utara Mexico.

Media barat melaporkan, tidak ada yang terselamat daripada kemalangan tersebut.

10/10/14

Isteri Orang Mengaku Janda Apabila Ditangkap Dengan Pasangan Muda

Seorang wanita berusia 33 tahun yang juga isteri orang sanggup mengaku dirinya janda apabila ditahan pihak berkuasa. Tak cukup dari itu, dia juga mengaku dirinya tunang kepada lelaki dan juga pasangannya yang berusia 26 tahun.

ALOR GAJAH - Seorang wanita sanggup mengaku janda dan tunangan kepada lelaki yang dicekup bersamanya ketika Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) membuat serbuan di sebuah hotel bajet, di Rembia di sini, kelmarin.

Ketua Penguatkuasanya, Rahimin Bani berkata, wanita berusia 33 tahun dan pasangan mudanya berusia 26 tahun itu ditahan ketika serbuan kira-kira jam 11 pagi.

“Wanita itu ditemui berdua-duaan di dalam salah satu bilik di hotel berkenaan selepas pintu dibuka lelaki kira-kira 20 minit diarahkan berbuat demikian.

“Mereka yang berpakaian lengkap mengaku sudab bertunang ketika disoal mengenai status dan hubungan antara mereka," katanya di sini, semalam.

Rahimin berkata, rahsia wanita tersebut isteri orang hanya terbongkar apabila suaminya sendiri datang ke pejabat penguatkuasa Jaim di Bukit Palah, malam kelmarin.

“Suaminya seorang tentera dan mereka yang mempunyai dua anak kini menetap di negeri ini datang ke pejabat kira-kira jam 11 malam.

“Maklumat lelaki berkenaan diambil bagi membantu siasatan terhadap isterinya yang ditangkap berkhalwat dengan pasangan mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991,” katanya.

Seramai tiga pegawai dan dua anggota polis terlibat dalam pemeriksaan terhadap wanita yang berasal daripada Negeri Sembilan dan pasangannya yang berniaga sendiri, berasal dari Kelantan.

source

Misteri Kawasan Titi Cina Di Sedim

Kejadian pelik dan misteri sering menyelubungi kawasan sekitar jeram Titi Cina. Terdapat pendapat yang mengatakan tempat tersebut merupakan tempak kediaman makluk halus dan tidak kurang juga yang mengatakan orang bunian juga menghuni tempat tersebut.

SEDIM - Kejadian misteri di Arus Deras Sedim berterusan dan terbaru seorang penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) sempat diselamatkan rakan selepas nyaris terjatuh ke jeram itu.

Menurut mangsa, dia sedang merendamkan kakinya di dalam air sehingga terasa sesuatu menariknya ke dalam air di sekitar jeram Titi Cina.

Kenyataan mangsa tidak dinafikan penduduk tempatan yang menyatakan kawasan itu turut didiami makhluk halus.

Sinar Harian membuat tinjauan di kawasan jeram Titi Cina kira-kira jam 6 petang dan mengambil gambar di sekitar kawasan dilaporkan meragut tiga nyawa tahun lalu.

Bagi pengamal perubatan Melayu, Rosli Ahmad, selain makhluk halus, kawasan arus deras itu juga kemungkinan terdapat penempatan orang bunian.

"Pernah ada pengunjung dirasuk atau mengalami histeria. Kawasan hutan merupakan tempat bagi kebanyakan makhluk halus ini bersembunyi dan ada antaranya yang berkampung di situ.

"Kita jangan sesekali terlalu bergembira sebaliknya harus sentiasa berjaga-jaga," katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Ketua Penguat kuasa, Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK), Azmi Rejab berkata, kewujudan syaitan, iblis dan jin adalah benar bagaimanapun kita tidak seharusnya mempercayai kemalangan yang berlaku berpunca daripada tindakan mereka.

"Mereka ini wujud, bagaimanapun kita tidak seharusnya takut kepada mereka kerana kejadian manusia adalah lebih tinggi darjatnya kerana kita diciptakan sebagai khalifah di dunia ini. Apa yang berlaku di Sedim itu hanya kebetulan sahaja dan ia merupakan kecuaian yang dilakukan manusia itu sendiri.

"Pihak berkuasa mengambil inisiatif maklumkan kepada pengunjung bahawa ada beberapa kawasan di arus deras itu merbahaya bagaimanapun pengunjung enggan mematuhinya sehingga mengakibatkan lemas. Kalau dah ada larangan tidak boleh mandi, jangan mandi," katanya.

Rahsia Wanita Disyaki Bersekedudukan Sehingga Melahirkan 5 Anak Terbongkar

Rahsia Wanita yang berumur tiga puluh satu tahun disyaki bersekedudukan sehinggal melahirkan 5 orang anak di mana kesemuanya tidak didaftarkan.

BANDARAYA MELAKA - Rahsia seorang wanita bersekedudukan hingga melahirkan lima anak akhirnya terbongkar selepas dia ditahan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) di Pulau Besar, dekat sini, kelmarin.

Wanita berusia 31 tahun bersama semua anaknya berusia satu hingga 11 tahun itu sedang tidur di dalam khemah di tepi pantai, sebelum pemeriksaan mendapati bukan sahaja tiada kad atau sijil perakuan nikah malah anak-anaknya tidak mempunyai sijil kelahiran.

Ketua Penguatkuasanya, Rahimin Bani berkata, dalam pemeriksaan kira-kira jam 10 pagi, wanita itu mendakwa tidak lagi bersuami dan datang ke pulau tersebut serta tinggal bersama anak-anak yang tidak bersekolah kira-kira dua bulan lalu.

“Siasatan awal, wanita yang berasal dari Jengka, Pahang itu mengaku berkahwin di Thailand pada tahun 2002 bersama seorang lelaki yang didakwa sebagai suami berusia 37 tahun dan mereka dikurniakan lima anak.

“Wanita itu mengatakan empat anaknya lahir di Melaka sementara anak ketiganya di Seremban namun dia dan pasangan tidak pernah mendaftarkan kelahiran tersebut,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini, semalam.

Rahimin berkata, wanita yang berniaga di gerai di kawasan pulau itu, sebelum ini tinggal bersama pasangan serta anak-anaknya di Masjid Tanah, Alor Gajah sebelum berpindah ke Pulau Besar.

“Ketika pemeriksaan wanita itu mengatakan suami sudah lari dan tidak tinggal bersama, namun kita percaya pasangannya itu masih berada di pulau tersebut dan kita akan cuba menjejaki lelaki itu untuk siasatan lanjut.

“Enam beranak itu kemudian dibawa ke pejabat penguatkuasaan Jaim sebelum kanak-kanak terbabit diserahkan diserahkan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.

Menurutnya, serbuan hasil maklumat orang awam mengenai terdapat pasangan dan lima anak tinggal di dalam khemah itu dilakukan dalam operasi bersepadu diketuai Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

“Kita syak dia dan pasangannya bersekedudukan hingga melahirkan anaknya tidak saf taraf justeru kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Melaka 1991 kerana bersekedudukan.

“Bagaimanapun diingatkan kepada pasangan yang bernikah di luar negara pastikan dokumen diperoleh untuk memohon pengesahan pengiktirafan nikah oleh Mahkamah,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Rahimin berkata, pihaknya sering membuat pemeriksaan di Pulau Besar malah lawatannya ke kawasan tersebut tiga hari lalu  mendapati masih terdapat kegiatan berunsur khurafat pada kubur-kubur di kawasan tersebut.

source

10/9/14

Datuk Berusia 90 Tahun Lebih Meninggal Dunia Hampir 6 Bulan Mengahwini Gadis Muda 20 Tahun

Seorang warga tua berusia 90-an yang mengejutkan ramai apabila mengahwini gadis yang berusia 70 tahun lebih muda daripadanya telah meninggal dunia. Kisah perkahwinan lelaki tersebut juga mendapat liputan di media-media massa di Malaysia.

Baghdad: Seorang petani berusia 97 tahun yang menggemparkan media Iraq tahun lalu apabila berkahwin dengan wanita muda meninggal dunia di rumahnya semalam.

Dia mati hampir enam bulan selepas melangsungkan perkahwinan itu. 

Musli Mohammed Al Majmai mencetuskan kontroversi di Iraq selepas mengahwini gadis yang 70 tahun lebih muda daripadanya. 

Dua cucunya berkahwin pada hari yang sama di kediaman mereka di Saladin, wilayah utara Iraq pada Julai 2013.

Akbar tempatan melaporkan Musli mempunyai 325 orang anak, cucu dan cicit hasil daripada perkahwinannya sebelum itu. - Agensi .

10/8/14

Remaja 15 Tahun Lari Dari Rumah, Dipercayai Ikut Teman Lelaki

Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun telah melarikan diri dari rumahnya di Ipoh, Perak. Alasan ringkas yang ditinggalkan oleh remaja tersebut ialah keluar rumah untuk membantu keluarganya. Walaubagaimanapun ibunya tidak menolak kemungkinan anaknya itu lari dengan teman lelaki.

IPOH - ‘Saya keluar untuk bantu keluarga dan jangan risaukan keselamatan saya’. Itu nota ringkas yang ditinggalkan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang hilang dari kediamannya di Kampung Tawas, sejak 29 September lepas.

Kehilangan Koy Kang Yee, anak bongsu dari dua beradik itu disedari abangnya, pada hari kejadian setelah menemui nota ringkas di bilik remaja berkenaan kira-kira jam 2 petang.

Ibunya, Peh Mee Yin, 37​,​ berkata, kejadian tersebut amat mengejutkannya ​kerana​ Kang Yee merupakan anak yang baik dan tidak pernah mendatangkan sebarang masalah kepada keluarga.

"Saya amat terkejut dan kecewa kerana tanpa diduga dia nekad meninggalkan rumah atas alasan untuk mencari kerja dan membantu keluarga," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Menurut Mee Yin, dia dan keluarganya juga telah berikhtiar menghubungi dan mencari Kah Yee di sekitar kawasan berhampiran namun tindakan itu tidak mendatangkan hasil.

"Selepas kehilangannya, hampir setiap hari saya menghubunginya namun tiada balasan.

"Saya juga ada bertanyakan tentang Kah Yee kepada rakan-rakannya, namun mereka juga tidak mengetahui di mana dia berada," katanya.

Ditanya sama ada Kah Yee mengikut teman lelakinya, ​Mee Yin berkata, dia tidak menolak kemungkinan berlaku perkara itu.

“Difahamkan dia pernah berkawan rapat dengan seorang lelaki tetapi saya tidak pasti sama ada Kah Yee bersama teman lelakinya itu atau pun tidak,” katanya.

Katanya, dia hanya berharap anak gadisnya itu dapat pulang ke pangkuan keluarga kerana tindakannya itu hanya akan menghancurkan masa hadapannya.

Sementara itu, Ketua Biro Perkhidmatan awam dan pengaduan MCA Perak, Jimmy Loh Thim Kheun berkata, sesiapa yang mempunyai maklumat tentang Kah Yee diminta menghubungi balai polis berhampiran.

"Atau pun kepada Sesiapa yang pernah terlihat Kah Yee boleh menghubungi ibunya di talian 010-3968616 atau pejabat MCA Perak di talian 05-2536981.

Beliau berkata, kerjasama daripada orang ramai juga amat diperlukan bagi memudahkan usaha untuk menjejaki dan mengenal pasti lokasi terkini Kah Yee.

"Selain memakai kaca mata, Kah Yee juga dilihat kali terakhir memakai baju T putih, berseluar panjang gelap dan membawa beg sandang," katanya.


10/7/14

Sanggup Pergi 300KM Dari Rumah Untuk Maksiat

Baru berusia 16 tahun, tetapi sudah sanggup datang sejauh 300 kilometer untuk bertemu dengan kekasihnya dan bersekedudukan.

Subang Jaya: Seorang remaja perempuan sanggup datang sejauh lebih 300 kilometer (km) dari selatan tanah air bertemu dengan kekasihnya warga Nigeria yang tinggal di Puchong, di sini, untuk bermadu asmara dan bersekedudukan.

Bagaimanapun, perbuatan terkutuk remaja berusia 16 tahun itu bersama kekasihnya terbongkar selepas ahli kariah masjid kawasan terbabit yang menyedari perbuatan mereka melakukan pemeriksaan sebelum menemui gadis terbabit bersama lelaki warga Nigeria itu.

Dalam kejadian jam 12 tengah malam Khamis lalu, ahli kariah masjid kawasan terbabit menerima aduan penduduk taman itu memberitahu terdapat seorang remaja perempuan tinggal bersama lelaki terbabit dalam keadaan mencurigakan.

Menurut sumber, mereka kemudian ke rumah lelaki terbabit dan menerangkan tujuan kedatangan mereka dan meminta keizinan membuat pemeriksaan.

Sebaik masuk ke dalam kediaman lelaki terbabit, mereka menemui remaja itu bersembunyi dalam bilik utama bersama barangannya disimpan di dalam almari.

Other News

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...