8/5/14

Lelaki Tertembak Kepala Sendiri Ketika mahu BerSELFIE

Kegilaan berSELFIE membawa padah kepada seorang lelaki apabila tertembak kepala sendiri apabila mahu berSELFIE menggunakan pistol hidup.

BANDARAYA MEXICO: Seorang lelaki maut tertembak kepala sendiri ketika sedang ‘selfie’ dengan sepucuk pistol berpeluru.

Ketika kejadian, Oscar Otero Aguilar yang bekerja di kedai haiwan peliharaan, dikatakan sedang minum bersama kawannya di Medero di utara ibu negara, Bandaraya Mexico. 

Selaku pengikut kegilaan ‘selfie’, Otero Aguilar juga sering memuat naik gambar dirinya dalam laman media sosial. 

Dia berada di rumahnya bersama rakan serumah, Omar Abner Campos Vives dan seorang lelaki yang dikenali sebagai ‘El Paco’, apabila jiran terdengar bunyi tembakan dan jeritan.

Seorang jiran, Manfredo Paez Paez, 57, berkata: “Saya terdengar bunyi tembakan dan kemudian seseorang menjerit. Menyedari ada seseorang tercedera, saya pun menghubungi polis dan ketika mereka sampai, dia masih lagi hidup.” - Agensi

No comments:

Other News

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...