8/22/14

Gadis 18 tahun menyesal Lari Dari Rumah Ikut Teman Lelaki Ke Seberang Untuk Berkahwin

Sudah terlalu banyak cerita pasal gadis tempatan yang melarikan diri untuk berkahwin dengan orang negara jiran dan kebanyakannya tidak berakhir dengan baik dan menyesal apabila menjalani kehidupan yang sengsara.

Terbaru, seorang gadis berasal dari Melaka menangis mengadu kepada ibunya mahu pulang ke rumah kerana tidak tahan dengan kesusahan hidup yang dialaminya di negara jiran.

Suliza Kassim yang berusia 18 tahun sebelum ini melarikan diri dengan teman lelakinya yang berusia 30 tahun ke Jambi, Sumatera Tengah pada bulan Jun yang lepas dan berkahwin di sana.

Kehidupan susah yang dialami Suliza apabila mengadu terpaksa turun ke sawah dan tidak diberikan makanan jika tidak bekerja. Selain itu, suaminya juga memberitahu dia juga perlu menggunakan duit sendiri jika mahu pulang ke Malaysia.

Ibu gadis tersebut, Azizah Ahmad sering berasa risau dan dipercayai tindakan gadis tersebut yang melarikan diri adalah penyebab emaknya kini mendapatkan rawatan serangan jantung di Hospital Melaka. 

Ibu gadis tersebut juga memberitahu bahawa anaknya itu sepatutnya mendaftarkan diri untuk program PLKN pada 13 Ogos lepas namun tidak menghadirkan diri.

Pihak Pusat Pembela Perkhidmatan BN Melaka memberitahu mereka sedang berusaha untuk mempertemukan gadis tersebut dengan keluarga mereka secepat mungkin.

No comments:

Other News

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...