8/6/14

Luahan Perasaan Keluarga Remaja Dibunuh Sebab Membunyikan Enjin Motosikal

Nilai: “Kalau boleh, saya mahu jumpa semua pembunuh Adik. Saya mahu tanya kenapa mereka sanggup memperlakukannya sebegitu hanya sebab dia dikatakan membunyikan enjin motosikal dengan kuat,” kata Jamaliah Zulkifli, 47, ibu kepada pekerja Kompleks Sukan Nilai, Muhamad Amir Fadzil Suhaimi, 18, yang disyaki dibunuh di sebuah lubang di tapak pembinaan Batu 3, Jalan Labu, dekat sini, Ahad lalu.

Jamaliah berkata, sekiranya benar anaknya dibunuh, dia mahu semua yang terbabit diheret ke muka pengadilan dan dikenakan hukuman setimpal.

Katanya, kematian anak bongsu daripada tiga beradik itu yang mesra disapa Adik menyentuh perasaan seluruh ahli keluarganya dan mereka bersedih dengan kejadian mengejutkan terbabit.

kakak mangsa
“Saya boleh menerima hakikat sekiranya Adik meninggal dunia akibat sakit atau kemalangan, tetapi hati ini sebak apabila arwah dikatakan dibunuh hanya kerana enjin motosikal,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Desa Cempaka 3, di sini, semalam, Jamaliah walaupun reda, tetapi tidak mampu menyembunyikan kesedihan sewaktu diziarahi Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Datuk Norhayati Omar dan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Datuk Hasim Rusdi di rumahnya, semalam.

Kunjungan Norhayati dan Hasim turut disambut bapa dan kakak mangsa, Suhaimi Fadzil Uda Ismail, 52, dan Suhaila Fadila Suhaimi, 19.

Jamaliah berkata, kali terakhir dia bertemu arwah pada malam Sabtu lalu sebelum dia, suami dan dua lagi anak pulang ke kampung untuk meraikan Aidilfitri di Slim River, Perak.

“Adik tidak ikut sama ke Perak kerana bekerja pada Ahad lalu dan kami bertolak ke Slim River selepas Subuh.

Sepanjang perjalanan itu, saya cuba menghubunginya beberapa kali untuk mengejutkannya ke tempat kerja, namun panggilan tidak berjawab,” katanya.


No comments:

Other News

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...