8/4/14

Lelaki Disamun, Rakan Wanita Diculik dan Dir0gol

Seorang ahli perniagaan diserang sekumpulan empat lelaki manakala rakan wanitanya diculik dan dirog0l ketika sedang berehat di hentian Jambatan Pulau Pinang semalam.

Timbalan ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang ACP Nasir Salleh berkata dalam kejadian 3.30 pagi itu, lelaki yang berumur 46 tahun itu bersama seorang kawan wanita warga asing yang berumur 22 tahun, sedang dalam perjalanan pulang ke rumah di Seberang Perai, diserang kumpulan berkenaan ketika berehat di hentian jambatan itu.

Katanya, suspek yang pada mulanya ingin menanya jalan menyerang mangsa lelaki sebelum menyamun dan menculik kawan wanita bersama-sama kereta Hyundai Elantra milik mangsa.


"Suspek membawa kereta mangsa ke kawasan terpencil di Sungai Dua yang mangsa  mendakwa dirog0l tiga suspek tersebut," katanya.

Tambahnya, suspek juga melarikan dompet, telefon bimbit, RM1,000 dan peralatan berharga milik mangsa.
Nasir berkata selepas beberapa jam, mangsa wanita itu ditinggalkan suspek di sebuah stesen minyak di Sungai Dua sebelum kereta yang dilarikan dijumpai di kawasan Sungai Puyu, Butterworth.

Mangsa kemudian dibawa ke hospital untuk mendapat pemeriksaan perubatan sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Mak Mandin.

Nasir berkata siasatan awal polis mendapati keempat-empat suspek berumur dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun. – Bernama, 3 Ogos, 2014.

No comments:

Other News

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...