8/12/14

Jaclyn Victor Memperkenalkan Suaminya, Seorang Vokalist Popular Luar Negara

Penyanyi popular tanahair Jaclyn Victor telah memperkenalkan suaminya kepada media. Suami Jac ialah seorang vokalist kumpulan popular di Amerika Syarikat.

KUALA LUMPUR: Penyanyi popular, Jaclyn Victor, sebentar tadi memperkenalkan suaminya, Shawn Rivera, 43, yang juga vokalis kumpulan R&B terkenal Amerika Syarikat, Az Yet, dalam sebuah majlis yang berlangsung di Istana Budaya (IB). 


Jaclyn atau Jac, 36, memaklumkan, upacara perkahwinan mereka diadakan di sebuah gereja bersejarah di Philadelphia, Amerika Syarikat, 19 Julai lalu. 

Berkongsi cerita mengenai pernikahannya, bekas bekas juara Malaysian Idol musim pertama ini berkata, beliau merahsiakan mengenai perkahwinan itu atas kehendak diri dan ibunya. 

"Saya lebih suka jika majlis ini dibuat secara lebih intim dan ia hanya dihadiri oleh 35 anggota keluarga terdekat. 

"Hanya selepas segala-galanya selesai barulah saya bersedia untuk memperkenalkannya kepada semua pihak," katanya. 

Pasangan itu mula berkenalan ketika sama-sama terbabit merakamkan lagu runut bunyi filem Ribbit berjudul Magical Moments, awal tahun lalu. 

Rivera yang juga komposer dan penulis melamar penyanyi lagu Gemilang itu sekitar Ogos tahun lalu, selepas tujuh bulan bercinta.

source

No comments:

Other News

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...