8/11/14

Pasangan Diserang Dan Disamun Guna Perenjat Elektrik

Pasangan suami isteri diserang dengan menggunakan perenjat elektrik oleh sekumpulan lelaki dan lebih malang lagi apabila mereka turut disamun oleh kumpulan berkenaan.

Penampang: Sepasang suami isteri bukan saja disamun sekumpulan lelaki malah turut diserang menggunakan alat perenjat elektrik ketika dalam perjalanan pulang ke kuarters pekerja di Kepayan Point, Jalan Lintas Kepayan, dekat sini, tengah malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam, mangsa berusia 26 tahun luka di paha manakala isterinya tidak mengalami sebarang kecederaan, namun beberapa barang kemas, dokumen penting dan wang tunai dilarikan.
gambar hiasan
Menurut sumber, mangsa bekerja sebagai tukang masak sebuah restoran, manakala isterinya penjaga kedai makanan baru saja selesai bekerja.

“Ketika dalam perjalanan pulang, mereka didatangi sekumpulan lelaki hampir 10 orang yang merampas barang berharga milik mangsa dan isterinya iaitu dompet, rantai dan cincin emas, telefon bimbit dan sejumlah wang tunai,” katanya di sini, semalam.

Sumber berkata, selepas itu, salah seorang suspek bertindak menghalakan alat perenjat elektrik ke paha kanan mangsa menyebabkan dia rebah sebelum suspek melarikan diri.

“Wanita itu kemudian membantu suaminya dan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang.

“Mangsa tidak mengalami kecederaan yang serius, cuba sakit di bahagian paha selepas terkena perenjat elektrik dilakukan salah seorang ahli kumpulan berkenaan,” katanya.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Ratan Kumar Singh mengesahkan kejadian itu dan siasatan masih dijalankan.

No comments:

Other News

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...