7/21/14

Dilabel Janda Hot dan Janda Berhias: Izreen Azminda dan Rita Rudaini

Mereka tidak pernah meminta untuk hidup sebagai ibu tunggal atau memegang status janda. Cuma suratan hidup membuatkan dua wanita yang juga pelakon kelahiran utara tanah air ini perlu akur yang jodoh mereka tidak panjang kerana mahligai perkahwinan yang dibina telah runtuh.

Katakan apa saja, skeptikal dan label condong ke arah negatif memang terus-terusan akan dihadapi mereka yang gagal dalam perkahwinan. Cuma yang menjadi sensasi, kontroversi dan perhatian bagi dua wanita bernama Rita Rudaini dan Izreen Azminda ini menjadi lebih ketara kerana mereka bergelar artis. 

Dilabel janda berhias atau janda hot sekalipun, Rita dan Izreen enggan lagi memandang ke belakang. Siapa yang tidak mahu bahagia dan disayangi. Cuma, saat ini apabila ditanya kepada kedua-dua mereka, tiada yang lebih bermakna dan berharga melainkan anak yang menjadi harta dunia dan akhirat.


No comments:

Other News

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...