Kes Kiki Kamaruddin dan Uncle Sim yang viral di media beberapa hari yang lepas telahpun diputuskan oleh mahkamah. Uncle Sim sudah terlebih dahulu dikenakan denda akibat kesalahan jalan raya yang mengakibatkannya melanggar kereta peugeot Kiki Kamaruddin.
KUANTAN: Pengarah Eksekutif Rangkaian Kerja Kahwin, Siti Fairrah Ashykin Kamaruddin, 30, atau Kiki dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan perlu melakukan kerja komuniti selama 240 jam oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.
Hukuman itu diputuskan Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan kerosakan terhadap kereta jenis Toyata milik warga emas, Sim Siak Hong, di hadapan Pusat Transformasi Bandar (UTC), dekat sini, pada 14 Julai lalu.
No comments:
Post a Comment