7/4/14

Driver Biadap Bagi Tandatangan PUK**AK Kepada Polis

Lelaki bertindak biadap apabila tidak berjaya merasuah anggota polis yang menyamannya atas kesalahan melanggar peraturan jalan raya iaitu melanggar lampu isyarat merah.

Kejadian berlaku di Batu Feringghi dimana lelaki tersebut tidak menghentikan kenderaan apabila lampu merah trafik sedang menyala. Pemandu kereta tersebut menyatakan beliau telah lewat untuk menghantar anak ke sekolah dan mengatakan "Ambil duit kopi sudah lah"

Polis tersebut bagaimanapun tidak terpengaruh dan terus mengeluarkan surat saman ke atas driver tersebut. Driver tersebut bagaimanapun memberi tandatangan tidak senonoh seperti yang tertulis dalam gambar di bawah .



Lanjutan dari kejadian, kedua-dua polis tersebut telah membuat laporan berkenaan tidakan biadap lelaki tersebut.

Apa salah anggota polis tersebut? Mereka hanya menjalankan tugas dan memang salah sendiri kenalah tanggung sendiri.

No comments:

Other News

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...