KIEV: Kerajaan Ukraine hari ini menuduh pemberontak pro-Russia cuba untuk memusnahkan bukti di lokasi nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang ditembak jatuh dan terhempas di timur Ukraine, Khamis lalu dan mengalihkan 38 mayat dari tempat kejadian.
“Kerajaan Ukraine secara rasmi mengatakan bahawa pemberontak yang dibantu Russia, cuba untuk memusnahkan bukti berkaitan jenayah antarabangsa,” kata kerajaan Ukraine daalm satu kenyataan hari ini.
“Menurut data kerajaan, pengganas telah mengambil 38 mayat ke rumah mayat di bandar Donetsk,” katanya sambil menuduh beberapa pakar yang bercakap dalam aksen Russia itu cuba untuk menjalankan pembedahan dan pemeriksaan terhadap mayat dengan sendiri. - REUTERS

No comments:
Post a Comment