7/21/14

Penyanyi rock terkenal Awie dapat hak jagaan sementara 3 anak

KUALA LUMPUR: Penyanyi rock terkenal, Awie berjaya mendapat hak jagaan sementara (interim) terhadap tiga anaknya bersama isteri, Rozana Misbun, 36. 

Selain itu, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman,46, turut mendapat perintah injuksi (tegahan) menghalang Rozana daripada mendekati dirinya dan juga anak-anak dalam apa jua cara sekali pun, termasuk melalui media cetak dan elektronik.

Perkara itu dimaklumkan peguam syarie, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain yang mewakili penyanyi itu ketika ditemui selepas perjumpaan di hadapan Hakim Syarie Mahkamah Tinggi Syariah, Nassir Abdul Aziz di dalam kamarnya. 

Awie hadir ke mahkamah manakala, Rozana tidak hadir. 

No comments:

Other News

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...