8/7/14

Disimbah Air Panas dan Dibelasah Akibat Perselisihan Faham Tentang Handphone

Seorang lelaki disimbah air panas dan dibelasah akibat perselisihan faham mengenai telefon bimbit di Kuala Lumpur.

Kuala Lumpur: Seorang lelaki melecur di bahu dan belakang badan selain terpaksa menerima 27 jahitan di kepala selepas disimbah air panas dan dibelasah sehingga pengsan hanya kerana berlaku perselisihan faham berkaitan telefon bimbit.

Semuanya berpunca apabila mangsa dikenali sebagai Ho, 29, terlanggar seorang lelaki di hadapan Medan Putra Business Park, Kepong, di sini menyebabkan telefon bimbit milik lelaki itu terjatuh.



Tindakan mangsa itu menyebabkan berlaku pertengkaran antara mereka sebelum mangsa dibelasah dan disimbah dengan air panas.

Mangsa yang cedera parah dan berlumuran darah serta badan melecur kini dirawat di Hospital Pantai, Cheras. Laporan polis mengenai kejadian itu dibuat petang semalam.


Ho berkata, sebelum kejadian, dia pada mulanya sedang makan steambot di restoran di Medan Putra Business Park, Kepong jam 1.30 pagi Sabtu lalu.

“Bagaimanapun, ketika saya bangun untuk mengambil makanan, saya terlanggar seorang lelaki menyebabkan telefon bimbit lelaki terbabit terjatuh.

No comments:

Other News

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...