8/18/14

Zul Ariffin Berkorban Demi Drama Rindu Awak 200%

Zul Afiffin atau lebih dikenali dengan Zill Faezrul dalam drama popular Slot Akasia TV3 (Rindu Awak 200%) sanggup menolak tawaran yang lumayan demi drama Rindu Awak 200%.

Meskipun kedatangan Zul Ariffin dan Mon Ryanti ke Balai Berita, Jumaat lalu untuk mempromosikan filem lakonan terbaru mereka berjudul Jin, namun temubual itu bagaikan tidak lengkap tanpa bertanyakan Zul mengenai drama 28 episod, Rindu Awak 200 % yang sedang menjadi kegilaan ramai.
Zul Ariffin dan Ayda Jebat
Drama itu mulai disiarkan di slot Akasia TV3, 15 Julai di TV3, jam 7 malam. Rindu Awak 200 % mencetuskan fenomena luar biasa kepada pelakon berusia 28 tahun itu. Wataknya sebagai Zill Faezrul dalam drama itu benar-benar memberi impak besar kepadanya. 

Paling menarik drama itu turut mengundang penonton baru di kalangan kaum Adam untuk terus mengikuti pergolakan yang berlaku antara Zill dan isterinya, Armel (lakonan Ayda Jebat). 

Pembawaan dirinya yang gentleman, lagak bersahaja dan susuk tubuhnya yang segak membawakan peranan sebagai juruterbang antara faktor Zill menjadi buruan ramai peminat wanita kini.

Keberkesanan lakonan Zul kerana pengorbanan pelakon itu sendiri yang sanggup menolak tawaran lumayan semata-mata memenuhi impiannya untuk muncul dalam slot Akasia.
Zul Ariffin dan Mon Ryanti
Tawaran berlakon dalam drama itu menamatkan kemarau penantian Zul selama empat tahun untuk muncul dalam slot itu yang menjadi tumpuan utama penonton TV3. 

No comments:

Other News

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...