Mungkin tidak sabar tunggu masa kahwin, Satu pasangan yang berumur 28 tahun (lelaki) dan 20 tahun (perempuan) yang baru saja bertunang telah ditangkap atas kesalahan cuba untuk berzina.
KUALA TERENGGANU - Seorang duda dan pasangannya masing-masing dijatuhi hukuman denda RM2,900 dan RM2,800 selepas mengaku salah cuba melakukan persetubuhan luar nikah semasa dihadapkan di Mahkamah Rendah Syariah, di sini.
Pasangan kekasih tersebut, Ahmad Ramdhan Mohamad @ Mustaffa, 28, dari Batu Buruk dan Yusalammiah Farhana Yusof, 20, dari Beladau Selat, di sini, turut berdepan lima bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda.
Kesemua hukuman itu diputuskan selepas pasangan yang baharu bertunang enam hari itu mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001, iaitu perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah.
gambar hiasan |
Berdasarkan kertas pertuduhan, hasil maklumat awam, sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu telah melakukan serbuan ke atas sebuah bilik di sebuah rumah rehat di Tok Jembal, di sini, kira-kira jam 2.15 pagi, 16 Mei lalu.
Semasa tiba di lokasi, keadaan bilik didapati gelap dan anggota penguat kuasa mengetuk pintu bilik serta memberi salam.
Bagaimanapun, selepas tiga minit berlalu, pintu bilik berkenaan masih belum dibuka lalu anggota penguat kuasa bertindak masuk melalui tingkap sebelum membuka pintu utama.
Pemeriksaan seterusnya mendapati seorang lelaki sedang berdiri di depan pintu bilik air yang berkunci dari dalam, sebelum keluar seorang wanita yang memakai baju dan tuala, manakala seluarnya tersangkut di penyidai bilik air berkenaan.
Hasil soal siasat mendapati mereka tiada hubungan suami isteri atau mahram.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Nik Mohd Shahril Irwan Mat Yusof di hadapan Hakim Syarie, Kamalruazmi Ismail, manakala pasangan tersebut tidak diwakili peguam.
No comments:
Post a Comment