8/17/14

Pelajar UiTM Maut Terjatuh Dari Tingkat 4 Disebabkan Mahu Mengambil Kunci Bilik

Pelajar UiTM Maut Terjatuh Dari Tingkat 4 Disebabkan Mahu Mengambil Kunci Biliknya yang tertinggal dalam bilik.

KUALA SELANGOR - Gara-gara mahu mengambil kunci bilik tidurnya, seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Alam,di sini, maut setelah terjatuh daripada tingkat empat asramanya, kelmarin.

Mangsa, Mohd Ilyas Saifullah Md Azhari, 19, pelajar semester pertama dalam program Asasi Sains jatuh setinggi kira-kira 30 meter dan dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan parah di bahagian muka.

Seorang pelajar lelaki yang enggan dikenali berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam.

“Pada ketika itu, Ilyas mahu masuk ke dalam biliknya, namun dia tertinggal kunci di dalam bilik,” katanya.

Beliau yang tinggal berdekatan bilik mangsa berkata, mangsa tinggal bersama seorang lagi rakan.

Namun, mangsa mengambil tindakan sendiri dengan cuba memanjat beranda dari bilik sebelah untuk masuk ke biliknya.

“Akibatnya, dia tergelincir sebelum jatuh ke bawah dan kami terus menghubungi polis bantuan universiti untuk melaporkan kejadian berkenaan,” katanya.

kampus
Menurutnya, ambulans tiba tidak lama kemudian dan terus membawa mangsa ke hospital.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Junaidi Bujang mengesahkan kejadian terbabit dan pihaknya mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut.

“Polis mendapati tiada unsur jenayah dalam kes berkenaan dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk bedah siasat,” katanya.

No comments:

Other News

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...