8/23/14

Sharnaaz Ahmad Perang Mulut Dengan Azwan Ali

Tindakan Azwan Ali yang memuatkan gambar dirinya berselfie ketika hari perkabungan rakyat Malaysia sempena tragedi MH17 semalam mengudang pelbagai reaksi daripada orang ramai termasuklah artis popular Sharnaaz Ahmad.

KUALA LUMPUR: Sharnaaz Ahmad menyelar tindakan Azwan Ali yang masih sanggup berselfie ketika rakyat Malaysia sedang berkabung menyambut kepulangan jenazah warga negara ini yang terkorban dalam tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 semalam.



Malah pelakon drama popular 'Bukan Kerana Aku Tak Cinta' itu turut dikritik oleh Azwan di laman Instagram biarpun tidak ditulis secara jelas siapa yang dimaksudkan. Sharnaaz turut memuat naik gambar Azwan berselfie di laman Instagram miliknya.

Hari ini, Sharnaaz memuat naik pula paparan skrin yang bertulis status Azwan di Twitter di laman bergambar popular itu. Ikuti komen balas Sharnaaz menerusi khidmat aplikasi Whatsapp yang dikongsinya kepada BH Online."Saya tak nak komen banyak mengenai hal ini. Satu saja saya nak cakap kepadanya, mohon maaf pada bangsa sendiri sebelum ajal datang menjemputnya.

Petikan dari IG Sharnaaz:

Salam Khas buat bro @divaazwanavazz Sy tak pernah kisah awk nak selfie camana pun, tapi ingat, perkataan yg lahir dari mulut pinjaman awak tu dah menguris hati Org Melayu.. Anak melayu jangan diusik degan perkataan menghina bang, cilaka badan bang.. Abg nak maki saya saya tak akan maki abang balik, sabab abg lagi tua dari saya, saya dah takde hormat kat abg, saya doakan abg yg baik baik, takde niat nak aibkan bro, TETAPI kalau MELAYU bro jentik, waspadalah bang, sebab sekelilingmu ada lah org org MELAYU.. *kepada yg nak komen tak elok baik hentikan, doa yg baik, bukan aibkan fia yg sedia ter-aib.. *kepada sesiapa org MELAYU nak menyokong dia silakan, saya tarik hormat saya pada anda sebagai melayu. *Bukan taknak tegur cara senyap, sebab cara senyap akan bertukar tak senyap jugak bila sampai ke tangan azwan.. Ini bukan soal jantina, aib, personal, INI SOAL BANGSA MELAYU YG FI INJAK KEDAULATAN!! MOHON MAAF PADA MELAYU SEBELUM TERLAMBAT BANG 

"Tak ada apa lagi yang saya boleh katakan kepada lelaki berpendidikan tinggi sepertinya yang sanggup memperbodohkan diri sendiri kepada masyarakat Melayu," katanya yang kini sedang menjalani penggambaran drama 15 episod berjudul 'Setitis Kasih Damia' di samping Nelydia Senrose untuk slot ratu di TV9.

Sebelum ini, Sharnaaz dan Nelydia pernah meledak dalam gandingan sulung mereka menerusi drama 'Bukan Kerana Aku Tak Cinta'.

Sementara itu, Azwan di laman Instagramnya memuat naik komen yang seolah-oleh mencabar Sharnaaz termasuklah isu cintanya dulu dengan Shila Amzah selain menegaskan beliau tidak mahu melayan artis gred biasa.

No comments:

Other News

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...