7/19/14

Kaut Jutaan Ringgit Dan Sembunyi Di Rumah Bapa

Shah Alam: Remaja lelaki berusia 19 tahun yang memperdaya lebih 300 mangsa untuk mengaut keuntungan jutaan ringgit sebulan ditahan reman selama empat hari bermula semalam.

Perintah reman berkenaan dikeluarkan oleh Majistret Farah Azura Saad, pagi semalam. 

Remaja berkenaan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. 

Sumber berkata, suspek ditahan kelmarin di Teluk Intan, Perak oleh Jabatan Siasatan Jenayah Selangor dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Hilir Perak.

“Suspek dipercayai bersembunyi di rumah ayahnya selepas beberapa hari menjadi buruan dan dibawa ke Shah Alam untuk siasatan lanjut,” katanya. 

Perdaya 300 mangsa 
BH, sebelum ini melaporkan seorang remaja berusia 19 tahun memperdaya lebih 300 mangsa untuk mengaut keuntungan jutaan ringgit sebulan, menerusi skim cepat kaya yang dianjurkan syarikat miliknya.

No comments:

Other News

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...