7/4/14

Kes Pukul Isteri: Awie Membuat Pengakuan Tidak Bersalah

Penyanyi rock terkenal, Awie mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap isterinya, Rozana Misbun di Ukay Perdana, Hulu Kelang, di sini, 2 Jun lalu.
Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman.
Vokalis kumpulan Wings itu yang memakai jaket hitam hadir ke mahkamah dengan jaminan polis ditemani beberapa rakannya, termasuk ahli kumpulan rock terbabit, Joe dan Eddy.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan itu terhadap Rozana, 36, hingga menyebabkan wanita terbabit cedera, jam 1.30 petang pada 2 Jun lalu di sebuah rumah di Taman Ukay Bistari, UK Perdana, Hulu Kelang, di sini.

No comments:

Other News

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...