7/23/14

Saya tak gila nak kacau perhubungan mereka

Kuala Lumpur: “Memang saya bengang. Ini benda mengarut. Satu Malaysia pun tahu mereka akan kahwin dalam masa dua minggu. Takkan saya gila nak kacau (hubungan).”

Demikian kenyataan pelakon Ramona Zamzam, 24, yang berang apabila dituduh cuba mengganggu hubungan pelakon Dazrin Kamarudin, 26, dengan tunangnya, pelakon Amyra Rosli yang bakal berkahwin pada 8 Ogos ini.


Ramona atau nama sebenarnya Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam berkata, isu terbaru itu timbul berikutan gambar mesranya dengan Dazrin di lokasi penggambaran telefilem Bingkai Kaca, beberapa hari lalu, menimbulkan salah faham kepada pihak tertentu. 

“Hakikatnya saya dan Dazrin memang dah kenal lama. Kami memang akrab bila jumpa di lokasi tapi tak ada yang lebih seperti disalah ertikan pihak tertentu.

“Kebetulan kali ini kami berlakon bersama dan jadi rapat di set sebab sama kepala, itu saja. Saya profesional dan tahu menghormati status dia yang bakal berkahwin tak lama lagi,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


Gambar yang menunjukkan kemesraan Ramona dan Dazrin di lokasi penggambaran telefilem itu seperti dimuat naik di Instagram milik aktres itu menimbulkan kemarahan sebahagian besar peminat.


Ramona dicerca dengan kata kesat kononnya cuba merosakkan hubungan Dazrin dan Amyra yang akan berkahwin sedangkan gambar itu hanya menunjukkan mereka bergurau dan menghisap shisha ketika menunggu penggambaran. 

No comments:

Other News

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...