7/19/14

Kiki dibebas dengan ikat jaminan

Kuantan: Siti Fairrah Ashyikin Kamaruddin yang disiasat kerana didakwa membuli seorang pesara kerajaan di parkir kenderaan Pusat Transformasi di sini, Isnin lalu, dibebaskan dengan jaminan, kelmarin.

Wanita berusia 30 tahun itu yang lebih dikenali sebagai Kiki, yang ditahan kira-kira jam 4 petang kelmarin di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini, dibebaskan lewat malam kelmarin. 

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh, berkata wanita itu dibebaskan selepas pihaknya berpuas hati dengan keterangan yang diberikan. 

“Kita masih siasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan (khianat) dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan (ugutan). 

“(Bagaimanapun) Kita akan merujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk sebarang perubahan seksyen kerana wanita itu membuang pengunci stereng (barang kes) yang digunakan ketika kejadian itu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. 

Kejadian wanita itu membuli warga tua, Sim Siak Heong, 68, dirakam oleh orang awam sebelum video berdurasi 2.33 minit yang dimuat naik ke laman sosial seperti Facebook, Twitter dan YouTube menjadi viral dan trending sehingga membangkitkan kemarahan orang ramai terhadap Kiki.

No comments:

Other News

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...